Kongsi

Mr World Sangat Teruk 2

Sambungan daripada Mr World Sangat Teruk

Bila berlaku kes sebegini, kejohanan peringkat dunia tiada prestijnya membuatkan ramai terfikir. Rakyat Malaysia bukan macam dulu, walaupun mungkin ada sesetengah orang termasuk atlet mungkin ‘terpaksa’ mendiamkan diri kerana takut digam.

1. Kenapa mutu penganjuran kejohanan bina badan dunia bertaraf murahan? Cuba ambil contoh kejohanan karate peringkat dunia yang mula dipromosikan daripada tahun 2009 dan diadakan pada tahun 2011. 2 tahun dalam promosi berbanding Kejohanan Bina Badan Dunia yang boleh nampak ‘sedikit’ promosi seminggu sebelum kejohanan. Kejohanan Karate mendapat peruntukan yang agak besar berikutan cara kerjanya berbanding cara kerja Persekutuan Bina Badan Malaysia?

Kursus Kecergasan 20172. Ramai yang mengadu, wujud pelbagai masalah seperti masalah keselamatan, cara penyampaian hadiah, tentatif program yang tidak teratur, tiada pengurusan yang betul, masalah sound sistem, musik lambat, dan sebagainya yang mana kesemua masalah kecil ini tidak sepatutnya berlaku pada kejohanan peringkat dunia. Peringkat dunia ni beb. Hadiah pula patung Dato Gan yang mana rasanya macam sama seperti tahun 2000, cuma pada tahun itu, ada perbezaan antara emas, perak dan gangsa tetapi kini semua satu warna dan sama.

4. Mutu yang sangat teruk dengan tempat penganjuran, peserta menaiki bas sekolah daripada hotel ke Jonker Walk, walaupun ada kedai makan, tetapi boleh dikatakan majoriti kedai makan tidak sesuai untuk muslim. Kejohanan peringkat dunia ni beb.

4. Adakah Kejohanan ini bermotifkan politik? Adakah semata-mata ingin menunjukkan yang Dato Gan masih mampu menganjurkan Kejohanan? Adakah Paul Chua layak berada di kerusinya sekarang? Adakah penubuhan WBPF sepatutnya dibuat dengan negara anggota yang sedikit? Apakah perhubungan Persekutuan Bina Badan Malaysia sehingga mereka sanggup mengikut telunjuk Paul Chua? Cuma ‘persoalan’.

5. Adakah mereka di dalam Persekutuan Bina Badan Malaysia yang sepatutnya berada di situ? Mungkin ada yang ok, tetapi seolah-olah majoriti tidak sepatutnya berada di situ. Semasa pemilihan, seolah-olah nampak sangat kronisme di dalam. Kalau kronisme boleh buat kerja itu, mungkin ramai akan tutup mata kerana sekurang-kurang hasilnya puas hati.

6. Adakah keadaan ini menunjukkan ada korupsi ataupun mereka daripada Persekutuan Bina Badan Malaysia tidak tahu buat kerja? Cuma ‘persoalan’.

7. Ramai yang mula tertanya-tanya, bagaimana pemilihan atlet mewakili Malaysia tahun ini? Kebanyakan atlet tidak melalui saringan peringkat negeri dan negara. Jadi apa gunanya Pertandingan itu dibuat? Suka-suka?

8. Mutu pengadilan tak usah kata, setiap tahun ada isu. Tahun ini dengan isu ada 2 Juara Keseluruhan di Mr Malaysia. Apa motifnya? Boleh sesiapa beritahu saya, apa motif ada 2 juara keseluruhan? Nak ambil hati Paul Chua dengan menaikkan seseorang? Jika hanya ada 1 juara, takut ada yang akan pertikaikan lagi seperti tahun lepas? Begitu?

9. Pertandingan dianjurkan Persekutuan Bina Badan Malaysia, tetapi kenapa Persekutuan Bina Badan Malaysia tidak melibatkan negeri-negeri gabungannya? Dimana, sekurang-kurang boleh menghantar surat jemputan kepada gabungannya untuk hadir memberi sokongan. Adakah Persekutuan Bina Badan Malaysia cuba berdiri sendiri tanpa ahli gabungan? Tanpa ahli gabungan, ada lagi ke Persekutuan Bina Badan Malaysia?

10. Banyak lagi persoalan yang mula bermain di fikiran ramai sekarang. Mereka bukan lagi bodoh sehingga mengangguk sahaja apa dilakukan seperti dahulu.

Zaki Khan adalah seorang terapi senaman yang diperakui. Pernah berkhidmat sebagai jurulatih kepada jurulatih untuk Majlis Kecergasan Kebangsaan di bawah kelolaan Dato Azalina Othman. Berpengalaman lebih dari 10 tahun dalam bidang kecergasan.

Sebagai seorang terapi senaman, Zaki Khan terlibat bukan sahaja sebagai seorang jurulatih kecergasan tetapi juga dalam rehabilitasi, berhadapan dan membetulkan masalah-masalah ketidakseimbangan otot, menguatkan kembali otot-otot yang lemah supaya seseorang itu dapat menjalankan fungsi asas badan. Zaki Khan juga banyak terlibat dalam kempen-kempen mempromosikan kesihatan samada sebagai seorang penceramah, penganjur atau jemputan.

Facebook Twitter YouTube