Pertandingan Bina Badan Mar29

Kongsi

Pertandingan Bina Badan

Berikut musim pertandingan bina badan di Malaysia yang bermula dengan Mr Man O Classic di Bangsar Sport Complex pada 16hb April 2011 ini, ingin saya bercerita sikit tentang pertandingan bina badan secara keseluruhannya di Malaysia.

Kebiasaannya bagi pertandingan yang besar, ada 13 kategori dipertandingkan. 1 kategori master, 2 kategori remaja, 9 kategori terbuka dan 1 kategori overall.

1. Kategori Master (Berumur 45 tahun ke atas)
2. Kategori Remaja Bawah 70 kg (Berumur 21 tahun ke bawah)
3. Kategori Remaja Atas 70 kg (Berumur 21 tahun ke bawah)
4. Kategori Terbuka Light Fly (Bawah 55 kg)
5. Kategori Terbuka Fly (Bawah 60 kg)
6. Kategori Terbuka Bantam (Bawah 65 kg)
7. Kategori Terbuka Light (Bawah 70 kg)
8. Kategori Terbuka Welter (Bawah 75 kg)
9. Kategori Terbuka Light Middle (Bawah 80 kg)
10. Kategori Terbuka Middle (Bawah 85 kg)
11. Kategori Terbuka Light Heavy (Bawah 90 kg)
12. Kategori Terbuka Heavy (Atas 90 kg)
13. Kategori Terbuka Overall (Semua pemenang berat kategori terbuka)Kursus Kecergasan 2017

Manakala pertandingan kecil biasanya 5 kategori. 2 kategori bakat baru, 2 kategori terbuka dan 1 kategori overall. Kategori terpulang pada penganjur.

1. Kategori Bakat Baru (Bawah 70 kg)
2. Kategori Bakat Baru (Atas 70 kg)
3. Kategori Terbuka (Bawah 70 kg)
4. Kategori Terbuka (Atas 70 kg)
5. Kategori Overall Champion (Semua pemenang kategori)

Manakala 7 gaya wajib diperagakan.

1. Front Double Biceps


2. Front Lats Spread


3. Side Chest


4. Back Double Biceps


5. Back Lats Spread


6. Side Triceps


7. Abdominal and Thighs

Ada pertandingan yang menambah 1 lagi gaya wajib iaitu most muscular pose.

Pertandingan dimulakan dengan pre-judging atau pra-pengadilan dengan semua peserta kategori akan memperagakan 7 gaya wajib. 6 peserta akan dipilih ke pertandingan akhir di mana pada pertandingan akhir peserta akan diberi masa selama 1 minit dengan muzik untuk memperagakan gaya bebas dan diikuti dengan 7 gaya wajib sebelum diakhiri dengan 90 saat gaya bebas dengan muzik semua peserta. Begitulah serba sedikit proses pertandingan bina badan di Malaysia.

(Model dalam gambar adalah Syukri, mungkin gambar tak berapa jelas kerana posing-posing ini ditangkap ketika pertandingan. Kalau berkesempatan, saya akan masukkan gambar baru nanti)

Zaki Khan adalah seorang terapi senaman yang diperakui. Pernah berkhidmat sebagai jurulatih kepada jurulatih untuk Majlis Kecergasan Kebangsaan di bawah kelolaan Dato Azalina Othman. Berpengalaman lebih dari 10 tahun dalam bidang kecergasan.

Sebagai seorang terapi senaman, Zaki Khan terlibat bukan sahaja sebagai seorang jurulatih kecergasan tetapi juga dalam rehabilitasi, berhadapan dan membetulkan masalah-masalah ketidakseimbangan otot, menguatkan kembali otot-otot yang lemah supaya seseorang itu dapat menjalankan fungsi asas badan. Zaki Khan juga banyak terlibat dalam kempen-kempen mempromosikan kesihatan samada sebagai seorang penceramah, penganjur atau jemputan.

Facebook Twitter YouTube