12 Sebab Menguap Ketika Senaman

Kenapa mengantuk atau menguap ketika bersenam? Ada beberapa kemungkinan;

Kursus Kecergasan 2021
  1. Masa makan tidak sesuai. Contohnya, makan nasi lemak yang ambil masa sekitar 2 jam untuk hadam. Kita bersenam masa penghadaman, insulin dirembeskan tinggi dan menyebabkan kekurangan gula dalam darah. Masa penghadaman makanan berbeza mengikut individu dan jenis makanan.
  2. Tak cukup tidur, terutama di musim Piala Dunia 2022 ini. Tengok bola sepak. Badan sebenarnya dalam keadaan tekanan dan kita paksa dia bersenam.
  3. Ada ada asma disebabkan senaman yang menyebabkan sukar dapatkan oksigen. Setiap pergerakan senaman memerlukan kehadiran oksigen.
  4. Apabila kita buat latihan berintensiti tinggi, bahan buang dihasilkan badan disebabkan pembakaran tenaga adalah ion hidrogen. Lama kelamaan, paras pH mula rendah dan jadi asidik. Bila keadaan asidik, pergerakan dalam badan menjadi perlahan. Badan boleh gunakan dengan lebih effisien hidrogen dan lactate sebagai tenaga apabila anda semakin aktif. Proses ini mengambil masa.
  5. Anda mungkin ada masalah anemia, kurang sel darah merah untuk bawa oksigen. Mungkin juga kurang zat besi dalam badan disebabkan diet kurang pengambilan daging dan haiwan tinggi zat besi.
  6. Kurang minum ketika bersenam menyebabkan darah menjadi pekat dan sukar untuk jantung mengepam ke bahagian yang memerlukan. Bila bersenam, anda bukan sahaja kehilangan air tapi juga elektrolit.
  7. Anda ada masalah tiroid iaitu hyprothyroidism. Sentiasa rasa letih dan kurang bertenaga. Biasanya akan beri hasil berat badan bertambah, kemurungan dan sakit otot.
  8. Bila sasar turunkan berat, ramai buat diet rendah karbohidrat. Bila rendah karbohidrat bermaksud, kurang tenaga untuk bergerak. Lemak terbakar dengan kehadiran karbohidrat. Jangan takut makan nasi, tapi makanlah dengan jumlah yang cukup untuk badan anda.
  9. Perubahan hormon di dalam badan. Apabila anda berlatih secara luar biasa, badan akan rembeskan hormon kortisol. Biasanya ia meningkat selepas 45 minit bersenam.
  10. Pemulihan yang teruk. Anda tak sempat pulih daripada latihan sebelum ini dah paksa badan bersenam kembali. Ambil masa berehat jika perlu.
  11. Periksa ubat-ubatan yang anda ambil. Mungkin ada ubat yang rendahkan tekanan darah dan kurangkan aliran darah ke otak serta otot.
  12. Badan anda terlalu panas. Menguap adalah proses yang dipanggil thermoregulation untuk turunkan kembali suhu badan. Apabila sedut kembali udara sejuk, ia bantu turunkan suhu badan dan otak.

Rujukan

  1. https://pubmed.ncbi.nlm.nih.gov/19402743/
  2. https://www.sciencedirect.com/science/article/pii/S0031938414001784?via%3Dihub

Zaki Khan adalah seorang terapi senaman yang diperakui. Pernah berkhidmat sebagai jurulatih kepada jurulatih untuk Majlis Kecergasan Kebangsaan di bawah kelolaan Dato Azalina Othman. Berpengalaman lebih dari 22 tahun dalam bidang kecergasan. Sebagai seorang terapi senaman, Zaki Khan terlibat bukan sahaja sebagai seorang jurulatih kecergasan tetapi juga dalam rehabilitasi, berhadapan dan membetulkan masalah-masalah ketidakseimbangan otot, menguatkan kembali otot-otot yang lemah supaya seseorang itu dapat menjalankan fungsi asas badan. Zaki Khan juga banyak terlibat dalam kempen-kempen mempromosikan kesihatan samada sebagai seorang penceramah, penganjur atau jemputan.

Facebook Twitter YouTube 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Share This
error: