Asal Diet Sahaja Mengandung

Asal diet saja mengandung, asal mengandung saja tambah berat. Siapa begini?

Perempuan biasanya dinasihatkan untuk turunkan berat badan supaya mudah mengandung. Adakah ianya benar?

Ada satu kajian terkini (2022), melibatkan 379 peserta wanita obesiti yang sukar dapat anak. Pengkaji, Daniel J. Haisenleder, PhD daripada School of Medicine’s Center for Research in Reproduction kata, “kita dah tahu berdekad lamanya, perempuan obes sukar dapat anak”. Disebabkan kenyataan ini, ramai menyarankan agar mereka turunkan berat supaya senang lekat. Sejauh mana kebenarannya?

Kursus Kecergasan 2021

Kajian FIT-PLESE dilakukan di 9 pusat medikal. Meraka di bahagikan kepada 2 kumpulan. Separuh daripada mereka guna makanan tambahan, ubat dan meningkatkan aktiviti fizikal. Manakala kumpulan kedua tingkatkan aktiviti fizikal tanpa cuba turunkan berat. Selepas tamat program, mereka diberi 3 pusingan rawatan kemandulan.

Mereka dalam program turunkan berat, turun secara purata 7 peratus berat badan manakala kumpulan kedua kekal berat badan. 23 daripada 188 peserta turunkan berat mengandung dan 29 daripada 191 peserta tak turun berat mengandung.

Getty Images

Mereka semua dapat kebaikan daripada program senaman jangka masa 16 minggu seperti kurang risiko penyakit seperti kencing manis, strok dan sakit jantung.

Berdasarkan kajian ini, Haisenleder dan pasukan menyimpulkan, program turunkan berat tak bantu perempuan mudah mengandung.

Kalau kita pandang dari sudut lain, mungkin apabila seorang perempuan berjaya turunkan berat badan, suaminya lebih berselera. Sentiasanak terkam dan disebabkan kekerapan seksual meningkat, kebarangkalian meningkat. Mungkin juga dia ada masalah keseimbangan hormon, masalah kitaran haid dan sebagainya. Obesiti juga dikaitkan dengan polycystic ovary syndrome (PCOS), antara penyebab masalah kesuburan.

Rujukan

  1. https://journals.plos.org/plosmedicine/article?id=10.1371/journal.pmed.1003883
  2. https://www.betterhealth.vic.gov.au/health/conditionsandtreatments/weight-fertility-and-pregnancy-health

Zaki Khan adalah seorang terapi senaman yang diperakui. Pernah berkhidmat sebagai jurulatih kepada jurulatih untuk Majlis Kecergasan Kebangsaan di bawah kelolaan Dato Azalina Othman. Berpengalaman lebih dari 23 tahun dalam bidang kecergasan. Sebagai seorang terapi senaman, Zaki Khan terlibat bukan sahaja sebagai seorang jurulatih kecergasan tetapi juga dalam rehabilitasi, berhadapan dan membetulkan masalah-masalah ketidakseimbangan otot, menguatkan kembali otot-otot yang lemah supaya seseorang itu dapat menjalankan fungsi asas badan. Zaki Khan juga banyak terlibat dalam kempen-kempen mempromosikan kesihatan samada sebagai seorang penceramah, penganjur atau jemputan. Zaki Khan merupakan bekas atlet Strongman Malaysia. 2 kali bertanding di peringkat dunia, 2 kali peringkat Asia. Pernah dapat tempat ke 3 Arnold Classic.

Facebook Twitter YouTube 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Share This
error: