Isolasi vs Kompaun
Isolasi vs Kompoun? Apakah perbezaan kedua-dua senaman ini? Topik ini sentiasa jadi debat dalam dunia kecergasan. Ada yang kata kompaun terbaik dan isolasi buang masa. Ada juga kata kena buat dua-dua. Berbalik kepada sukan apa juga biasanya. Atlet kekuatan akan kata kompaun terbaik. Bina badan akan kata isolasi.

Apa perbezaannya? Kompaun melibatkan sekumpulan otot dan biasanya lebih dari 1 sendi. Contohnya seperti squat yang mana mengerjakan otot quadricep, hamstring, gluteus, pinggang, otot teras, betis dan sebagainya. Isolasi melibatkan 1 otot atau 1 kumpulan otot dan 1 sendi. Contohnya leg extension. Biasanya menggunakan mesin tapi tak semestinya.
Senaman isolasi banyak digunakan dalam terapi untuk betulkan otot spesifik yang lemah atau tidak seimbang selepas berlaku kecederaan, pembedahan, sakit dan sebagainya. Manakala kompaun lebih menjimatkan masa, boleh dikatakan senaman penuh badan dalam masa sikit dan biasanya bakar lebih kalori.
Tiada masalah jika anda nak buat dua-dua. Mulakan dengan kompaun dahulu, disudahi dengan isolasi. Dalam sukan kekuatan pun, anda boleh masukkan isolasi sebagai tambahan untuk kuatkan otot tertentu.




