Senaman Kaki (Quadrisep)
Bila cerita senaman, ramai tak suka. Mungkin disebabkan sakit yang teruk sehingga sukar nak berjalan. Mungkin ada yang bagi alasan susah nak cari seluar, tak muat. Anda membesar disebabkan kalori, bukan semata-mata latihan. Kalau anda latih untuk jadi kuat, tak semestinya terus dapat kaki Big Ramy. Tak kurang juga, kaki tak besar-besar walaupun dah latih seminggu 2 kali. Jom kita tengok;

Apakah senaman terbaik untuk kaki?
– Front squat
– Back Squat
– Leg Extension
– Leg Press
– Hack Squat
– Dumbbell Split Squat
– Sissy Squat
– Barbell Walking Lunges
Hari ini kita fokus pada bahagian hadapan dahulu. Vactus lateralis adalah otot yang main peranan stabilkan kaki kita dan juga tempurung lutut terutama dalam aktiviti seperti berjalan dan berlari. Akan tetapi, jika bahagian otot ini terlalu ketat, ia akan bawa masalah juga pada lutut. Disebabkan itu, penting untuk buat regangan selepas itu.
Apakah regangan yang sesuai untuk peha hadapan?
– Kneeling Quad Stretch
– Hero Pose
– Half Frog





