Bagaimana Besarkan Tangan?
Nak tangan besar? Saya percaya itu impian kebanyakan lelaki dan sesetengah perempuan. Anda boleh fokus pada latihan tangan 2 hingga 4 kali seminggu.

Apakah senaman terbaik untuk tangan?
– Barbell Curl
– Dumbbell Curl
– Seated Incline Dumbbell Curl
– Spider Curl
– Preacher Curl
– Cable Curl
– JM Press
– Chin Up
– Close Grip Bench Press
– Dip
– Tricep Pushdown
– Skullcrusher
– Overhead Tricep Extension
Tiada masalah sebenarnya untuk campur latihan bisep dan trisep, cuma saya lebih galakkan anda asingkan. Mulakan dengan 16 set seminggu, kemudian tambah sedikit setiap minggu.
Minggu 1 = 16 set
Minggu 2 = 18 set
Minggu 3 = 20 set
Minggu 4 = 22 set
Minggu 5 = 24 set
Minggu 6 = 10 set (deload)
Ulang kembali selepas minggu ke enam. Sasarkan bina kekuatan pada peringkat awal. Kemudian latih hipertrofi dalam, 10 hingga 20 ulangan untuk 1 set. Contoh penyusunan;
Bisep : 16 set
– Chin Up : 4 set 5-10 ulangan
– Barbell Curl : 4 set 5-10 ulangan
– Dumbbell Curl : 4 set 5-10 ulangan
– Preacher Curl : 4 set 5-10 ulangan
Contoh; Minggu 1 hingga 6, latih kekuatan. Minggu 7 hingga 12, latih hipertrofi. Buat 2 hingga 3 kali seminggu dengan pemilihan latihan berbeza jika boleh.
Boleh ke latih tangan dengan kerap?
Boleh. Kebanyakan orang dapat hasil yang baik dengan buat sekurang-kurangnya 12 hingga 20 set seminggu. Tiada masalah juga untuk anda latih setiap hari cuma anda akan rasa hasil yang lebih baik jika latih 3 hingga 4 kali seminggu jika dibandingkan setiap hari.




