Kurus Cara Mudah
Hari ini saya nak cerita tentang teknologi kuruskan badan. Bukan nak galakkan, cuma sebagai perkongsian ilmu.
Intragastric balloon atau kita sebut belon intragastrik adalah kaedah meletakkan 1 belon di dalam perut. Belon ini diisi silicone saline. Ia melimitkan berapa banyak seseorang itu boleh makan. Anda cepat rasa kenyang. Belon intragastrik ini dimasukkan sebagai langkah sekiranya diet dan senaman tidak berkesan.
Menurunkan berat boleh badan rendahkan risiko penyakit berkaitan kegemukan seperti gastroesophageal reflux disease (gerd), masalah jantung, strok, tekanan darah tinggi, apnea yang teruk, nonalcoholic fatty liver disease (NAFLD) atau nonalcoholic steatohepatitis (NASH), diabetes jenis 2 dan sebagainya. Prosedur ini dijalankan doktor jika anda gagal turunkan berat secara diet dan senaman.

Apa kesan dan risikonya?
Sekitar satu per tiga rasa sakit dan tidak selesa selepas memasukkan belon tersebut. Biasanya untuk beberapa hari. Jika rasa loya, muntah dan sakit perut, anda dinasihatkan jumpa doktor. Ada juga risiko belon pecah dan turun ke sistem penghadaman. Mungkin menyebabkan ia tersekat dan perlukan prosedur tambahan untuk keluarkannya. Risiko lain termasuk acute pancreatitis, ulser dan sebagainya.
Prosedur memasukkan biasa dalam 30 minit dan boleh balik ke rumah dalam 1 hingga 2 jam. Anda kena mulakan dengan diet liquid selama sekitar 1 minggu sebelum masuk makanan solid. Belon itu diletakkan maksima 6 bulan, kemudian doktor akan bagi rekomendasi baru.
Berdasarkan data terkini, selepas rawatan, pesakit turun 7 hinga 15 peratus berat badan dalam tempoh 6 bulan.
Berapa kosnya?
Purata rendah untuk 1 prosedur adalah sekitar rm 15 ribu.




