Lepas Makan Masih Rasa Lapar? Perlu Makan Ke?
“Coach, lepas makan saya masih rasa lapar”
Saya percaya ramai yang mungkin berdepan dengan masalah ini. Apa bezanya kelaparan dan mengidam atau nafsu? Tiada definisi pasti untuk kedua-dua terma ini. Secara fisiologinya, bila kita lapar, perut akan mula berbunyi sedikit demi sedikit. Anda juga mungkin berdepan dengan sakit perut dan pening sedikit. Badan anda menyampaikan signal ia perlukan sumber tenaga. Selepas makan, tanda-tanda kelaparan hilang dan bertahan beberapa jam bergantung pada jenis diet masing-masing.
Manakala mengidam tak sepenuhnya didorong oleh fisiologi. Terdapat juga komponen biologi, deria dan kognitif. Mengidap biasa teringin sesuatu secara khusus. Contohnya, perlukan makanan manis, atau lebih terperinci, nak makan kek dan sebagainya. Biasanya kalau lapar lagi dalam 1 ke 2 jam selepas makan menu utama, ia masuk kategori mengidam.
Ada beberapa sekolah pemikiran. Ada yang fikir mengidam disebabkan signal biologik, dan juga ada yang kata ia lebih pada tingkah laku. Tiada jawapan tepat untuk ini. Adakah kita mengidam? Mengikut kajian sebanyak 97 peratus wanita mengidam dan hanya 68 peratus lelaki.
Selepas menghabiskan menu utama. Tunggu 15 hingga 20 minit untuk tengok adakah anda perlu menambah makanan. Badan ambil masa untuk sampaikan signal kenyang ke otak. Ramai pakar berpendapat, signal mengidam bertahan untuk 20 minit. Jika kita tunggu, ia akan hilang.

Kenal pasti kenapa kita mengidam? Adakah anda makan disebabkan bosan? rasa keseorangan? dahaga? mengikut emosi? Jika anda bosan, cari sesuatu untuk mengalihkan perhatian. Ada pakar mencadangkan kita minum air kalau rasa lapar disebabkan kita biasa keliru dahaga dan lapar.
Ada juga yang cadang, dapatkan apa yang kita idamkan tapi dalam jumlah yang sedikit untuk mematikan rasa idam itu.
Rujukan
1. https://link.springer.com/article/10.1007/s11245-020-09724-z
2. https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC7399671/




