Sate – Menu Paling Selamat Dalam Diet?
Resepi Sate
Bahan-bahan :
Bawang besar,
Bawang putih
Jintan manis
Serai
Garam
Gula/gula merah
Minyak masak
Cara memasak:
- Kisar bahan-bahan dan kemudian gaulkan pada ayam atau daging yang telah dipotong dadu.
- Perap minima 2 jam.

Tip sate sedap, berjus dan berkaramel
- Masukkan 1 cawan minyak masak.
- Guna gula merah untuk sedap dan warna yg cantik.
- Lidi perlu direndam dalam air sebelum cucuk ayam untuk elak ayam melekat pada lidi selepas dibakar.
- Hujung lidi tu mesti tertutup dengan ayam, jangan biar lidi terkeluar dihujung supaya lidi tidak terbakar.
- Perap paling minimum 2 jam, lebih baik jika dapat semalaman.

Cara mudah anggar kalori sate
Sukat mengikut porsi daging atau ayam

Sumber : Bahagian Pemakanan KKM
1 – Boleh kira kalori ikut sistem tukaran makan iaitu 1 kotak mancis = 65 kcal (7g protein, 4-7g lemak). Atau rujuk USDA untuk 1oz/28g = 63 kcal, (4.22g protein, 4.56g lemak).
2 – Anggarkan saiz sate
Jika kecil, 2 batang = 1 kotak mancis
Jika besar 1 batang = 1 kotak mancis

3 – Berbalik pada penggunaan minyak dan gula, jika cantik berkaramel boleh tambah 20 kcal untuk gula dan 45 kcal untuk minyak. Jadi 2 batang saiz seperti gambar di atas boleh anggar 130 kcal.
Berapa jumlah sate yang boleh diambil?
Bergantung kepada jumlah kalori dan pecahan menu harian individu.
Suku-suku separuh sate
Cara yang lebih mudah adalah dengan menggunakan pinggan suku-suku separuh iaitu 1 menu dalam linkungan 500-550 kcal dengan perlu hadkan jumlah kuah.
Sumber : Pusat maklumat pemakanan Johor



