Larangan Makanan Berkuah Ketika Diet

Diet mana boleh makan kuah!
Banyak sungguh pantang larang ketika diet, akhirnya tak tahu tidak tahu apa yang boleh dimakan. Bagi mereka yang berfikir, tentu akan timbul persoalan kenapa tidak boleh makan kuah? Jom kita kaji apa yang ada dalam kuah.
Kenapa Kuah Mengganggu Diet Sihat?
1 – Kandungan Minyak
Dengan mata kasar sahaja kita boleh nampaknya kandungan minyak pada kuah terutama sambal atau masak merah. Berapa kalori kita nak anggar kuah sambal begini? Kira dengan mengira kalori minyak sahaja iaitu 1 tsp 45 kcal.
2 – Kandungan Santan
Selain ditumis dengan minyak yang banyak, kuah juga tinggi kalori disebabkan kandungan santan. Kalori bagi 100ml santan adalah 62 kcal. Untuk kuah yang ditumis dan ditambah santan, kita anggarkan 1 tbsp adalah 45 kcal.
3 – Kandungan Garam
Kuah biasanya mengandungi garam yang tinggi. Garam 0 kcal. Walaupun 0 kalori, pengambilannya masih perlu dihadkan kepada 1 tsp sehari untuk jaga kesihatan.
4 – Lemak berganda
Seperti minyak dan santan iaitu kedua-duanya sumber lemak, kuah kacang juga lemak yang diambil berganda, minyak dan kacang. Kalori kuah kacang 1 tbsp 90 kcal.
Panduan Mudah Kira Kalori Kuah
JENIS KUAH |
KUANTITI |
KALORI |
Sambal
|
1tsp |
45 kcal |
Bertumis dan bersantan
|
1 tbsp |
45 kcal |
Bertumis tanpa santan
|
1 senduk kecil |
45 kcal |
Tanpa minyak
|
Tiada |
Abaikan kalori |
Bagaimana cara untuk mengambil kuah?
1- Masak sendiri
Boleh kawal penggunaan minyak, kita boleh olah resepi seperti kari tanpa tumis dan tanpa santan.
2- Pilih masakan tanpa minyak
Antara lauk sihat adalah singgang, asam rebus atau sayur masak bening kerana cara masakan tanpa penggunaan minyak maka tiada masalah untuk hirup kuah.
Sumber : Resepi Che Nom
3 – Pertimbangkan menu yang kurang berminyak
Jika di kedai pilih seperti sup atau tomyam berbanding masak merah atau kari. Tetapi tengok juga kandungan minyak, kadang-kadang kuah sup juga sangat berminyak, jadi pilih lauk lain.
4 – Kuah cukup sekadar yang melekat pada lauk
Ambil lauk sahaja, untuk kuah yang melekat kita ada 2 sudu besar, anggarkan 90 kcal.
5- Hadkan 1 hingga 2 sudu besar sahaja kuah
Jika hendak ambil kuah tambahan, hadkan kepada 1 hingga 2 sudu besar dimana menagndungi 90 kcal, berbanding kuah banjir boleh mnececah 1000 kcal.
6- Piring asing
Meminta kuah dihidang dalam piring asing dapat menghadkan pengambilan kuah. Kuah sate juga makan dalam piring asing, jangan cicah dalam mangkuk besar.
7- Jangan hirup kuah
Tiada salahnya makan menu berkuah seperti bihun sup, mi kari atau sebagainya tetapi makan isi nya sahaja.
8- Makan pakai garfu
Konsepnya sama seperti jangan hirup kuah, makan dengan mengunakan garfu menggurang kuah, kita hanya makan sekadar yang melekat, anggaran 100-200 kcal.
Panduan Sukatan Dan Kalori Minyak

JENIS |
SAIZ |
KALORI |
tsp
|
5 ml |
45 kcal |
tbsp
|
15 ml |
135 kcal |

RUJUKAN
Kalori lebih mudah dikawal jika ada ilmu