Kontroversi Produk GMO- Adakah Selamat Atau Bahaya?

Hari ini ramai yang marah pada teknologi atau secara khususnya bioteknologi makanan, mereka beranggapan ia menjadi punca banyak  penyakit termasuk kanser. Sedangkan teknologi ini wujud dan dikaji adalah untuk memudahkan urusan manusia termasuk petani. Bayangkan pada zaman dahulu petani bergelut dengan masalah produk petanian seperti buah yang rosak, tembikai tidak manis, pisang banyak biji, saiz buah-buahan kecil, serangan makluk perosak. Tidak musatahil 80 hingga 90 peratus produk petanian tidak boleh dijual kerana hasil tidak memuaskan. Produk bukan GMO sebenarnya memerlukan lebih banyak racun perosak kimia kerana ia sangat terdedah dengan ancaman perosak.

Apa itu GMO

GMO 

Genetically Modified Organisms adalah hasil Kejuruteraan genetik makanan dengan mengubahsuai genetik dengan menggunakan beberapa organisma. Menggabungkan gen daripada organisma berbeza dikenali sebagai teknologi DNA rekombinan. Atau dalam bahasa mudahnya, jika sebelum ini kita kacukkan 1 atau 2 baka, dengan teknologi ini kita cuma masukkan  1 atau 2 gen ke dalam sel. Dengan mengubah genetik tanaman, kita boleh fokus pada manfaat yang kita kehendaki sahaja. Hasil dari kejuruteraan genetik juga kita boleh hasilkan makanan yang lebih bernutrisi seperti tambahkan mineral dan vitamin.

Sejarah GMO

GMO telah diperkenalkan pada pasaran US pada tahun 1994 oleh Flavr Savr tomato. FDA meluluskan kaedah oleh Calgene untuk memasukkan gen yang menghalang pembentukan enzim yang menyebabkan kelembutan dalam buah, membolehkan tomato Flavr Savr yang dijual secara komersial mempunyai jangka hayat yang lebih lama berbanding tomato konvensional.

Faedah GMO

  • Tanaman yang tahan terhadap perosak
  • Ternakan dan tanaman tahan  pelbagai penyakit
  • Soya, kanola dan jagung tahan racun rumpai
  • Ubi keledek tahan virus
  • Beras yang ditambah mineral dan vitamin
  • Pelbagai makanan tahan iklim yang melampau
  • Buah-buahan mengeluarkan hasil bertahun lebih awal
  • Mempunyai kerintangan yang kuat terhadap keadaan persekitaran
  • Kualiti pemakanan yang lebih baik

Teknik GMO

Terbahagi kepada 2 kategori :

  1.  Transgenik
  2.  Bebas transgenik

Transgenik

Kejuruteraan genetik transgene melibatkan pemindahan bahan genetik daripada spesies yang tidak berkaitan, biasanya daripada mikroorganisma (bakteria) dengan sifat yang diingini ke dalam organisma sasaran (Bock & Norris, 2018)

Bebas Transgenik

Terubah genetik bebas transgenik telah muncul sebagai sistem CRISPR teknologi alternatif, di mana gen semula jadi atau buatan (DNA, RNA) digunakan untuk mengubah suai genetik organisma sasaran yang dikaitkan dengan sifat yang diingini. Kelebihan teknologi CRISPR ialah ia membolehkan pemasukan dan pemadaman gen dengan cara yang lebih mudah (Ishino et al., 2018)

An external file that holds a picture, illustration, etc. Object name is FSN3-9-5324-g003.jpg

1 – Identifikasi gen target

Penyelidik megenalpasti  gen spesifik yang ingin dimasukkan atau dimodifikasi dalam organisma. Gen ini dapat berasal dari organisme lain yang memiliki sifat yang diinginkan atau dapat dirancang secara sintetis.

2 – Isolasi dan pemotongan gen

Gen target kemudian diisolasi dari organisme sumber menggunakan teknik makmal seperti teknik PCR digunakan untuk mengamplifikasi gen dalam jumlah yang cukup. Setelah itu, enzim pemotong DNA, seperti enzim restriksi, digunakan untuk memotong dan mengisolasi gen target dari DNA organisme sumber. Gen ini akan menjadi fragmen DNA terpisah yang siap dimasukkan ke dalam organisma yang dikehendaki.

3 – Rekombinasi DNA

Fragmen DNA yang berisi gen target kemudian dimasukkan ke dalam organisma menggunakan berbagai teknik rekombinasi DNA. Teknik yang umum digunakan adalah transformasi, di mana DNA yang dimodifikasi secara genetik dimasukkan ke dalam sel organisme melalui berbagai kaedah, seperti tembakan gen (gene gun), elektroporasi, atau vektor virus yang dimodifikasi.

4 – Pemilihan dan pembiakan

Setelah masukkan gen target ke dalam organisma sasaran, langkah selanjutnya adalah memilih dan membiakkan organisma yang telah berhasil mengintegrasikan dan mewarisi gen baru. Biasanya, pilihan dilakukan dengan menggunakan penanda genetik, seperti resistansi terhadap antibiotik, yang dimasukkan bersama dengan gen target. Organisma yang berhasil memperoleh dan mengekspresikan gen target tersebut dipilih untuk dikembangkan lebih lanjut.

Isu yang diperdebatkan tentang GMO

Kontroversi dan kebimbangan orang ramai mengenai makanan dan tanaman GMO biasanya tertumpu kepada:

1 – Keselamatan dan kesihatan manusia

Oleh kerana makanan ini adalah ‘ciptaan baru’ yang belum nampak kesan jangka penjang jadi tidak banyak yang diketahui, ramai orang lebih suka menjauhi makanan ini. Ramai juga yang mula percaya GMO dikatakan sebagai perkembangan penyakit yang rintang terhadap antibiotik.

2 – Agama, budaya dan etika

Banyak komuniti agama dan budaya juga menentang makanan GMO kerana mereka melihatnya sebagai cara yang tidak semulajadi untuk menghasilkan makanan. Ramai orang juga tidak selesa dengan idea memindahkan gen haiwan ke dalam tumbuhan dan sebaliknya

3 – Pelabelan dan hak pilihan pengguna

Selain itu, ada isu pengilang tidak menyebut pada label bahawa makanan dibangunkan melalui manipulasi genetik kerana mereka berpendapat ini akan menjejaskan perniagaan mereka.

4 – Ekonomi, penguasaan pasaran dan pengurangan kemiskinan

Pakar ekonomi pula  berpendapat dengan pertambahan makanan GMO tersebut, negara membangun akan mula bergantung lebih kepada negara perindustrian kerana berkemungkinan pengeluaran makanan akan dikawal oleh mereka pada masa akan datang.

5 – Alam Sekitar

Ketahanan tanaman GMO mungkin mengganggu kitaran simbiosis alam.

Adakah produk GMO selamat?

Telah banyak  kajian yang dilakukan pada produk  GMO seperti ujian toksikologi, analisis komposisi, perbandingan dengan produk bukan GMO, dan pemantauan pasca-pemasaran. Prosedur juga mengidentifikasi sekiranya risiko terhadap kesihatan manusia sebelum tanaman GMO dibenarkan untuk dipasarkan secara meluas. Berdasarkan penilaian ilmiah dan undang-undang yang ada, tanaman GMO yang telah lepas pengujian dan dianggap  selamat untuk diambil oleh manusia.

 

Kursus Kecergasan 2025

Apa isu yang lebih perlu dirisaukan?

Dalam kita mempersoalkan tentang adakah produk hasil GMO selamat atau tidak? Kita sedang berdepan pelbagai menu ‘tidak sihat’ lain seperti kerepek pisang, kek pisang, pisang goreng, popis dan sebagainya yang diambil secara berlebihan vs sebiji pisang.

vs

KESIMPULAN

Kita tidak perlu terlalu risau tentang GMO kerana GMO bukan lagi kaedah pilihan dalam menambah baik tanaman kerana ia adalah teknik yang sangat mahal dari segi teknologi, peraturan yang ketat, dan keperluan masa. Teknologi masih berkembang dengan pesat, mungkin ada teknologi baru yang akan muncul yang lebih murah  atau teknologi GMO mungkin akan membantu dalam menyelesaikan isu global krisis ketiadaan makanan 1 hari nanti. Mana tahu juga, jika kaedah GMO dapat menghapuskan tindakbalas gluten (gen 35 hingga gen 45) pada pesakit sialik yang alah pada gluten.

SINGKATAN

GMO – Genetically modified organism

DNA – Deoxyribonucleic acid

RNA – Ribonucleic acid

PCR – Polymerase Chain Reaction

CRISPR ?clustered regularly interspaced short palindromic repeat 

RUJUKAN

  1. PMID: 26567205

    Consumer Perception of Genetically Modified Organisms and Sources of Information

  2. PMID: 18989835
    Health risks of genetically modified foods

  3. PMID: 34532037

    Should we still worry about the safety of GMO foods? Why and why not? A review

  4. PMID: 24426015

    Genetically modified foods: safety, risks and public concerns—a review

  5. PMID: 11463731

    Public views on GMOs: deconstructing the myths

Eda Sharip

Eda Sharip

Eda Sharip ialah Jurulatih Peribadi bertauliah. Beliau mempunyai sarjana muda dalam Ijazah Sains Biologi USM yang amat meminati bidang biokimia dan molekular. Kini berkhidmat di Makmal USM Kubang Kerian. Pengalaman sebagai jurulatih bermula 2019 bersama Dietfit Malaysia. Personal Trainer di Gym sekitar kota bharu serta pengasas Program Virtual Dumbbells sejak 2021.

Facebook 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Share This
error: