Sate – Menu Paling Selamat Dalam Diet?

Budaya kita adalah budaya makan-makan. Dalam semua majlis keraian, makan-makan merupakan acara utama termasuk semua perayaan, meraikan kejayaan, kenaikan pangkat, majlis persaraan, hari jadi, perkahwinan, malah pergi bercuti, balik kampung dan berkumpul juga ada jamuan makan. Dalam banyak menu yang dihidang,  apakah menu yang kita ‘rasa’ paling selamat untuk diet? Mungkin ada yang mengganggap sate antara pilihan yang sihat. Jom kita lihat dari segi bahan-bahan dan kalori, supaya kita boleh tahu berapa jumlah yang boleh kita ambil.
Kursus Kecergasan 2025

Resepi Sate

Bahan-bahan :

Bawang besar,

Bawang putih

Jintan manis

Serai

Garam

Gula/gula merah

Minyak masak

Cara memasak:

  1. Kisar bahan-bahan dan kemudian gaulkan pada ayam atau daging yang telah dipotong dadu.
  2. Perap minima 2 jam.

Tip sate sedap, berjus dan berkaramel

  1. Masukkan 1 cawan minyak masak.
  2. Guna gula merah untuk sedap dan warna yg cantik.
  3. Lidi perlu direndam dalam air sebelum cucuk ayam untuk elak ayam melekat pada lidi selepas dibakar.
  4. Hujung lidi tu mesti tertutup dengan ayam, jangan biar lidi terkeluar dihujung supaya lidi tidak terbakar.
  5. Perap paling minimum 2 jam, lebih baik jika dapat semalaman.

Cara mudah anggar kalori sate

Sukat mengikut porsi daging atau ayam

Sumber : Bahagian Pemakanan KKM

1 – Boleh kira kalori ikut sistem tukaran makan iaitu 1 kotak mancis = 65 kcal (7g protein, 4-7g lemak). Atau rujuk USDA untuk 1oz/28g = 63 kcal, (4.22g protein, 4.56g lemak).

2 – Anggarkan saiz sate

Jika kecil, 2 batang = 1 kotak mancis
Jika besar 1 batang = 1 kotak mancis

3 – Berbalik pada penggunaan minyak dan gula, jika cantik berkaramel boleh tambah 20 kcal untuk gula dan 45 kcal untuk minyak. Jadi 2 batang saiz seperti gambar di atas boleh anggar 130 kcal.

Berapa jumlah sate yang boleh diambil?

Bergantung kepada jumlah kalori dan pecahan menu harian individu.

Suku-suku separuh sate

Cara yang lebih mudah adalah dengan menggunakan pinggan suku-suku separuh iaitu 1 menu dalam linkungan 500-550 kcal dengan perlu hadkan jumlah kuah.

Sumber : Pusat maklumat pemakanan Johor

RUJUKAN KALORI MAKANAN

Eda Sharip

Eda Sharip

Eda Sharip ialah Jurulatih Peribadi bertauliah. Beliau mempunyai sarjana muda dalam Ijazah Sains Biologi USM yang amat meminati bidang biokimia dan molekular. Kini berkhidmat di Makmal USM Kubang Kerian. Pengalaman sebagai jurulatih bermula 2019 bersama Dietfit Malaysia. Personal Trainer di Gym sekitar kota bharu serta pengasas Program Virtual Dumbbells sejak 2021.

Facebook 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Share This
error: