Sakit, Lumpuh disebabkan Vaksin Covid-19

Saya sakit apa? Sehingga terpaksa berkerusi roda. Bahagian bawah lumpuh. Banyak pertanyaan yang sukar dijawab dengan satu jawapan.

Saya mula sakit selepas dos kedua vaksin Covid-19. Vaksin kedua diterima pada bulan 7 tahun 2021. Bermula ogos, mula rasa lemah bermula di bahagian pinggul. Squat dan deadlift mula merosot. Pada peringkat awal, saya jangkakan mungkin slip disc.

Pada bulan Oktober 2021 masuk ke KPJ Rawang melalui kecemasan berikutan tak boleh kencing. Buat MRI bahagian pinggang. Didapati ada jangkitan, terus buat lumbar puncture untuk kenal pasti jangkitan apa. Saya diberi antibiotik untuk 3 bulan.

Dalam masa 3 bulan, selalu rasa sakit di bahagian rhomboid atau splenius sehingga mengganggu tidur. 5 kali terpaksa ke klinik cucuk ubat tahan sakit dan steroid dexamethasone. Setiap kali cucuk dexa, saya hilang deria di bahagian kaki sekitar sehari.

Luka ‘bed sore’ akibat baring sahaja. Buka sahaja di kaki, malah di punggung.

Selepas 3 bulan, buat kembali MRI dan dapati jangkitan dah tiada tapi gejala lemah bahagian pinggul tak berkurang. Saya semakin lemah, sehingga satu tahap kena pakai tongkat berjalan.

7 Februari 2022 masuk ke University Malaya Specialist Centre (UMSC). Buat MRI seluruh vertebra. Mereka mengesahkan ada bengkak di bahagian saraf tunjang. Pihak Hospital salah diagnos penyakit saya. Mereka diagnos sebagai transverse myelitis (TM). Rawatan pertama menggunakan steroid methylprednisolone. Hari pertama rawatan 17 Februari, saya terus lumpuh bahagian bawah badan. Bermula daripada T6 ke bawah dan kebas kedua-dua tangan. Doktor pakar mereka buat kesilapan yang tak sepatutnya dibuat. Bayangkan masuk dalam bilik mesyuarat dengan sekitar 20 pakar, tiada seorang pun buat diagnosis yang betul.

Saya di pindahkan ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk di rawat berikutan UMSC tiada peralatan di perlukan. Di sana mula rawatan terapi plasma exchange dan sesi terapi fisio. Keadaan tak bertambah baik. Selalu mendapat jangkitan kuman. Boleh kata selalu masuk antibiotik sehingga mereka tukar ke antibiotik yang menyebabkan badan bengkak.

Anak kedua saya lahir pada 1 Mac 2022. Saya tidak berada dengan keluarga ketika itu. Rasa agak tertekan daripada segi mental ketiga itu. Rawatan tak berkesan dan badan bengkak, akhirnya saya buat keputusan untuk keluar daripada PPUM.

Kursus Kecergasan 2024 

Balik ke rumah, dapat jumpa anak-anak dan isteri. Sepanjang di hospital sebelum ini, isteri masih berpantang. Tak boleh melawat. 3 hari di rumah, berdepan masalah tak boleh kencing. Terpaksa hantar ke Hospital Selayang.

Hospital Selayang tiada kepakaran neurologi, terpaksa rujuk Hospital Kuala Lumpur ketika itu untuk rawatan. Saya cadangkan mereka untuk periksa penyakit arteriovenous fistula (AVF) berdasarkan pembacaan satu kajian dalam internet. Pada mulanya mereka menolak, tapi akhirnya buat juga ujian pengesahan untuk AVF. Terbukti memang benar ada AVF di bahagian tengkuk s1 dan s2.

Bulan 4 baru dapat pindah ke Hospital Kuala Lumpur berikutan ketiadaan katil di sana sebelum itu. Tinggu giliran pembedahan, daripada bulan 4 hingga bulan 6. Akhirnya dibedah pada 17 Jun 2022. Berjaya menutup 1 salur darah yang terjejas. Ada 1 lagi yang terlalu halus gagal dijumpai. Pembedahan mengambil masa sekitar 9 jam.

Selepas pembedahan, tiada tanda penyembuhan. Diminta tunggu pula nak masuk ke rehab yang tak tahu bila. Akhirnya saya minta keluar pada bulan 8. Tak sanggup lagi duduk hospital lama. Beberapa bulan tak jumpa anak-anak sejak masuk hospital.

Kini saya mencuba pelbagai kaedah perubatan termasuk sesi terapi fisio, perubatan tradisional dan sebagainya. Buat masa ini masih lumpuh bahagian bawah badan. Punca utama, vaksin Covid-19 yang dipaksa ambil oleh Kementerian Kesihatan Malaysia dan Tan Sri Dato’ Seri Dr Noor Hisham Abdullah.

 

Zaki Khan adalah seorang terapi senaman yang diperakui. Pernah berkhidmat sebagai jurulatih kepada jurulatih untuk Majlis Kecergasan Kebangsaan di bawah kelolaan Dato Azalina Othman. Berpengalaman lebih dari 23 tahun dalam bidang kecergasan.

Sebagai seorang terapi senaman, Zaki Khan terlibat bukan sahaja sebagai seorang jurulatih kecergasan tetapi juga dalam rehabilitasi, berhadapan dan membetulkan masalah-masalah ketidakseimbangan otot, menguatkan kembali otot-otot yang lemah supaya seseorang itu dapat menjalankan fungsi asas badan. Zaki Khan juga banyak terlibat dalam kempen-kempen mempromosikan kesihatan samada sebagai seorang penceramah, penganjur atau jemputan.

Zaki Khan merupakan bekas atlet Strongman Malaysia. 2 kali bertanding di peringkat dunia, 2 kali peringkat Asia. Pernah dapat tempat ke 3 Arnold Classic.

Facebook Twitter YouTube 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Share This
error: