Risau Angkat Berat Kerana Takut Rahim Jatuh?

Maksud rahim jatuh

Dalam keadaan anatomi normal, rahim atau uterus terletak di bahagian apikal organ pelvis. Uterus dan faraj digantung dari sakrum dan dinding sisi pelvis sisi melalui kompleks ligamen uterosacral dan kardinal. Kelemahan ligamen ini membolehkan uterus jatuh atau turun, sekaligus tersembul masuk kedalam faraj.

Organ pelvis jatuh atau turun boleh disubkategorikan mengikut skala penurunan.

  • Uterus turun dicirikan sebagai penurunan uterus, serviks, atau faraj
  • Cystocele dicirikan sebagai herniasi dinding anterior
  • Rectocele pula dicirikan kepada penurunan dinding faraj posterior

Punca uterus jatuh

Penurunan struktur pelvis ke dalam faraj adalah akibat ligamen atau kelemahan otot.  Walaupun berpunca dari pelbagai faktor, terdapat korelasi yang tinggi dengan kehamilan dan kelahiran melalui faraj, ia adalah berpunca dari trauma dari proses kehamilan dan kelahiran. Apabila otot dan tisu pelvis tidak dapat menyokong organ pelvis kerana ia menjadi lemah, rosak, atau kedua-duanya, organ ini akan jatuh dan/atau membonjol keluar ke dalam faraj.

Faktor risiko yang disahkan

  • Penuaan
  • Sejarah keluarga
  • Obesiti
  • Bersalin normal melalui faraj
  • Sembelit

Faktor risiko yang mungkin

  • Pelbagai faktor semasa proses bersalin seperti tempoh yang panjang, episiotomi,  epidural, forcep
  • Peningkatan tekanan perut seperti meneran
  • Menopaus

Kursus Kecergasan 2025

Adakah senaman angkat berat punca uterus jatuh?

.

BUKAN. Uterus jatuh bukan sebab angkat berat tetapi kerana otot pelvik yang telah sedia lemah. Dalam kajian Forner et al, mengkaji simptom uterus jatuh dalam kumpulan wanita yang kerap mengangkat berat. Wanita yang aktif secara fizikal yang mengangkat beban berat untuk bersenam, tidak mengalami peningkatan keadaan simptom uterus jatuh.

 

Walau bagaimanapun, sangat penting untuk melakukan senaman angkat berat dengan betul, dengan menggunakan teknik yang tepat dan berat yang sesuai. Pertimbangkan untuk dapatkan khidmat jurulatih peribadi jika perlu. Lebih penting lagi, pastikan bahawa anda telah mendapatkan perlepasan daripada doktor anda sebelum memulakan mana-mana rutin senaman terutama jika anda baru lepas bersalin atau telah didiagnos dengan uterus jatuh.

Senaman kuatkan otot lantai pelvik

Kuatkan otot pelvik dengan senaman. Senaman kuatkan pelvik ini perlu dilakukan oleh setiap wanita terutama ibu yang pernah melahirkan kerana akvitivi mengangkat adalah aktiviti biasa bagi ibu-ibu seperti mendukung anak, angkat barang atau beg. Jika anda ada otot lantai pelvik dan ligamen yang kuat, tiada apa yang perlu dirisaukan.

Senaman kegel

RUJUKAN

  1. Uterine Prolapse, NBK564429

  2. Uterine prolapse, PMID: 17947787

  3. Pelvic Organ Prolapse, NBK563229

  4. Symptoms of pelvic organ prolapse in women who lift heavy weights for exercise: a cross-sectional survey,  PMID: 31813038

 

Eda Sharip

Eda Sharip

Eda Sharip ialah Jurulatih Peribadi bertauliah. Beliau mempunyai sarjana muda dalam Ijazah Sains Biologi USM yang amat meminati bidang biokimia dan molekular. Kini berkhidmat di Makmal USM Kubang Kerian. Pengalaman sebagai jurulatih bermula 2019 bersama Dietfit Malaysia. Personal Trainer di Gym sekitar kota bharu serta pengasas Program Virtual Dumbbells sejak 2021.

Facebook 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Share This
error: