Risau Angkat Berat Kerana Takut Rahim Jatuh?
Maksud rahim jatuh

Dalam keadaan anatomi normal, rahim atau uterus terletak di bahagian apikal organ pelvis. Uterus dan faraj digantung dari sakrum dan dinding sisi pelvis sisi melalui kompleks ligamen uterosacral dan kardinal. Kelemahan ligamen ini membolehkan uterus jatuh atau turun, sekaligus tersembul masuk kedalam faraj.

Organ pelvis jatuh atau turun boleh disubkategorikan mengikut skala penurunan.
- Uterus turun dicirikan sebagai penurunan uterus, serviks, atau faraj
- Cystocele dicirikan sebagai herniasi dinding anterior
- Rectocele pula dicirikan kepada penurunan dinding faraj posterior
Punca uterus jatuh

Adakah senaman angkat berat punca uterus jatuh?
.
BUKAN. Uterus jatuh bukan sebab angkat berat tetapi kerana otot pelvik yang telah sedia lemah. Dalam kajian Forner et al, mengkaji simptom uterus jatuh dalam kumpulan wanita yang kerap mengangkat berat. Wanita yang aktif secara fizikal yang mengangkat beban berat untuk bersenam, tidak mengalami peningkatan keadaan simptom uterus jatuh.
Walau bagaimanapun, sangat penting untuk melakukan senaman angkat berat dengan betul, dengan menggunakan teknik yang tepat dan berat yang sesuai. Pertimbangkan untuk dapatkan khidmat jurulatih peribadi jika perlu. Lebih penting lagi, pastikan bahawa anda telah mendapatkan perlepasan daripada doktor anda sebelum memulakan mana-mana rutin senaman terutama jika anda baru lepas bersalin atau telah didiagnos dengan uterus jatuh.
Senaman kuatkan otot lantai pelvik
Kuatkan otot pelvik dengan senaman. Senaman kuatkan pelvik ini perlu dilakukan oleh setiap wanita terutama ibu yang pernah melahirkan kerana akvitivi mengangkat adalah aktiviti biasa bagi ibu-ibu seperti mendukung anak, angkat barang atau beg. Jika anda ada otot lantai pelvik dan ligamen yang kuat, tiada apa yang perlu dirisaukan.



