Perlukah Saya Dapatkan Jurulatih Peribadi?

Siapakah jurulatih peribadi?

Jurulatih peribadi adalah bidang profesional kecergasan merupakan sumber untuk orang awam mendapatkan maklumat tentang kecergasan yang membantu pelatih mereka dalam pelbagai senaman dan latihan, menggunakan pendekatan individu dan kemahiran penilaian tahap kecergasan. Mereka menyediakan program  dan preskripsi serta bimbingan senaman yang selamat dan berkesan, termasuk latihan rintangan dan program latihan daya tahan kardiovaskular. Jurulatih peribadi mempunyai kewajipan kepada pelatih yang mereka berkhidmat untuk mengambil langkah yang munasabah untuk mencegah kecederaan dan bertindak secara berhemah apabila kecederaan berlaku.

Faedah mempunyai jurulatih peribadi

1- Keberkesanan program

  • Jurulatih mempunyai ilmu dan pengalaman dalam bidang, mereka faham dan mempunyai cara yang efektif untuk memastikan setiap pelatih mencapai target dan berubah kepada gaya hidup aktif.

2- Kompeten

  • Menggunakan garis panduan semasa untuk menilai dan mengurangkan risiko kecederaan atau pengurusan pesakit.
  • Menggunakan pendekatan berbeza setiap individu. Tidak pukul rata dan bukan program ‘salin dan tampal’.

3- Kualiti Senaman

  • Tanpa panduan jurulatih, kebanyakan orang tidak memahami jadual, jenis, jumlah latihan serta nilai angkatan yang berkesan. Mereka membazir banyak masa di gim.

4- Faham asas anatomi, fisiologi senaman, postur, teknik dan mekanik pergerakan

  • Tanpa memahami otot dan biomekanik otot yang perlu dilatih tidak mustahil, latihan yang mereka buat kebanyakannya hanya latihan mobiliti sendi.
  • 1 lagi kesilapan biasa adalah ada otot kumpulan terlebih latih dan kurang latih yang menyebabkan ketidak seimbangan otot.

5- Keselamatan

  • Berlatih pada intensiti latihan yang betul atau tahap kesukaran latihan, adakalanya perlu berlatih sehingga hampir gagal. Serta ada target individu untuk berjaya mengangkat nilai angkatan maksima sebenarnya agak berisiko tanpa jurulatih terlatih yang menganggar kebolehan angkatan.

6- Kepuasan bersenam

  • Apabila anda berlatih bersendirian, anda perlu menumpukan masa dan tenaga untuk membina rutin senaman anda. Mempunyai satu jam setiap hari di mana anda tidak perlu berfikir tetapi dapat membuat sesuatu yang berkualiti akan memberikan kepuasan.

7- Mengelakkan keletihan

  • Untuk pemula, mereka biasanya sangat teruja bersenam secara berlebihan. Tanpa perancangan khusus akan menjadikan anda lebih kerap bersenam dan memperuntukkan masa yang sangat panjang yang menjadikannya lebih meletihkan. Ia sangat merisikokan untuk anda merasa kelesuan terutama apabila anda juga dalam defisit kalori.

8- Motivasi dan disiplin

  • Kajian membanding 2 kumpulan kecil, yang diberikan jurulatih dan tiada jurulatih menunjukkan yang diberi jurulatih lebih displin sebanyak 85% berbanding 69% pada yang tiada jurulatih.

Panduan untuk jurulatih peribadi

1- Nilai tahap pelatih

  • Tentukan dimana tahap pengetahuan dan kemahiran yang pelatih.
  • Nilai kecergasan pelatih melalui ujian kecergasan.

2- Membantu pelatih menetapkan matlamat dan rancang program latihan mengikut target

  • Mereka ada target yang berbeza seperti meningkatkan kecergasan umum, meningkatkan prestasi latihan, mengubah komposisi badan, menurunkan peratus lemak badan atau mendapatkan tubuh badan yang cantik.

3- Latih ansur maju atau ansur mundur

  • Terangkan kepada pelatih bagaimana kemajuan mereka dapat menjurus matlamat mereka dalam keseluruhan program.
  • Dapatkan target jangka pendek realistik dan kejayaan awal dengan prosedur senaman yang betul.

4-  Rekod setiap peningkatan dan kemajuan setiap sesi pelatih

  • Rekod rutin, nilai angkatan, jumlah reps dan set serta maklum balas pelatih tentang RPE latihan.
  • Rekod juga tarikh, hari, masa, jumlah kehadiran sesi atau penjadualan semula sesi.

5- Wujudkan sistem sokongan dan tetapkan matlamat

  • Melalui pemberian sokongan dan galakan, pujukan lisan jurulatih peribadi juga merupakan cara untuk meningkatkan keyakinan diri dan semakin cekap menjalankan rutin senaman. Oleh itu, bersenam di bawah penyeliaan jurulatih peribadi boleh menjadi penting untuk mengukuhkan motivasi, yang merupakan faktor utama dalam konsisten bersenam.

Ciri-ciri jurulatih peribadi yang baik

1- Dapatkan maklumat pelatih dan terangkan liabiliti

  • Contoh menggunakan borang Par-Q.

2- Dalami ilmu pengurusan senaman untuk populasi khusus seperti pelbagai pesakit

  • Seperti senaman yang bersesuaian untu pesakit darah tinggi, tiriod, diabetis, anxiety dan cara pengambilan ubat-ubatan sebelum bersenam.
  • Serta teknik latihan individu yang ada kekangan pergerakan seperti sakit belakang, sakit lutut, sakit bahu dan sebagainya.

3- Maklumkan pada pelatih mengutamakan keselamatan

  • Terangkan langkah berjaga-jaga untuk elek kecederaan dalam kesemua komponen kecergasaan.
  • Memastikan pelangan dapat berlatih dengan selamat.

4- Jaga kerahsiaan pelatih

  • Sekiranya ingin membuat perkongsian maklumat termasuk gambar  pelatih terutama di media sosial, dapatkan keizinan pelatih.

Bagaimana untuk jadi jurulatih?

Daftar progaram:

Kursus Kecergasan 2025.

KESIMPULAN

Adakah jurulatih peribadi ini satu keperluan?

Tidak

TETAPI, jika anda baru dalam bidang kecergasan/pemakanan, jurulatih peribadi boleh menjimatkan banyak masa, percubaan dan kesilapan serta usaha yang sia-sia. ia bukan sahaja berada di sana untuk membantu anda mengangkat berat tetapi juga untuk membimbing anda dalam tabiat makanan harian anda dan membimbing anda sepanjang perjalanan anda. Tidak menghairankan, bilangan individu yang bergantung kepada jurulatih peribadi telah meningkat, kerana sokongan dan bimbingan yang mereka boleh berikan boleh menjadi sangat berkesan dalam membantu individu mencapai matlamat kecergasan mereka.

 

RUJUKAN

  1. The Effectiveness of Personal Training on Changing Attitudes Towards Physical Activity, PMID: 24616604
  2. Effects of a personal trainer and financial incentives on exercise adherence in overweight women in a behavioral weight loss programPMID: 8885210
  3. Sharing a Personal Trainer: Personal and Social Benefits of Individualized, Small-Group Training, PMID: 28353489
  4. Fitness Trainers’ Educational Qualification and Experience and Its Association with Their Trainees’ Musculoskeletal Pain: A Cross-Sectional Study, PMID: 36136384
Eda Sharip

Eda Sharip

Eda Sharip ialah Jurulatih Peribadi bertauliah. Beliau mempunyai sarjana muda dalam Ijazah Sains Biologi USM yang amat meminati bidang biokimia dan molekular. Kini berkhidmat di Makmal USM Kubang Kerian. Pengalaman sebagai jurulatih bermula 2019 bersama Dietfit Malaysia. Personal Trainer di Gym sekitar kota bharu serta pengasas Program Virtual Dumbbells sejak 2021.

Facebook 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Share This
error: