Lemak dalam Pemakanan dan Hiperkolesterolemia

Sejak kebelakangan ini, kejadian pelbagai penyakit metabolik, seperti obesiti dan penyakit hati berlemak bukan alkohol (NAFLD), telah meningkat secara global. (1) Artikel kali ini membincangkan bukti yang mengaitkan lemak dalam pemakanan dengan Hiperkolesterolemia.
Kajian telah menunjukkan bahawa diet tinggi lemak atau high fat diet (HFD) boleh menyebabkan obesiti. Pengambilan diet tinggi lemak dan tinggi kolesterol (HFHCD) boleh menyebabkan steatohepatitis, keradangan dan fibrosis. Diet ini juga menyebabkan penurunan berat badan yang teruk, serum transaminase yang tidak normal, dan kolesterol sebagai lipid utama di dalam hati. (2)
Diet tinggi lemak dengan ketara meningkatkan berat badan dan pengumpulan adiposa visceral dan sebahagiannya menurunkan toleransi glukosa oral berbanding dengan diet normal dan HFHCD. HFHCD juga meningkatkan lemak hati, trigliserida hati, dan jumlah kolesterol hati berbanding dengan ND dan HFD. (3)
Bukan itu sahaja, malahan diet tinggi lemak juga meningkatkan serum high-density lipoprotein cholesterol (HDL), serum low-density lipoprotein cholesterol ( LDL) , dan total kolesterol berbanding dengan ND dan HFD. (3)

Kursus Kecergasan 2024

Lipoprotein berketumpatan rendah atau LDL juga dikenali sebagai kolesterol ‘jahat’ kerana ia boleh menambah pengumpulan plak (mendapan lemak) dalam arteri anda dan meningkatkan risiko penyakit jantung koronari. Lipoprotein berketumpatan tinggi atau HDL pula dikenali sebagai kolesterol ‘baik’ kerana ia boleh membantu melindungi anda daripada penyakit jantung koronari.
Kementerian Kesihatan Malaysia mencadangkan untuk mengekalkan tahap kolesterol darah yang normal dan mengurangkan risiko penyakit jantung. Tiga kaedah yang dicadangkan oleh KKM adalah menghadkan pengambilan makanan tinggi kolesterol, kurangkan pengambilan lemak dan meningkatkan pengambilan serat atau fibre dalam pemakanan.(4)
Jika para pembaca ingin mengurangkan tahap kolesterol jahat, dnasihatkan untuk amalkan pemakanan yang seimbang dan sihat untuk kesihatan jantung anda. Para pembaca dinasihatkan untuk memilih pelbagai makanan segar dan tidak diproses, dan mengehadkan lemak tidak sihat, garam dan gula dalam pemakanan.
Bukan itu sahaja, malahan para pembaca juga digalakkan untuk memeriksa tahap serum kolesterol oleh doktor anda dengan kerap. Para pembaca juga boleh menjalani pemeriksaan kolesterol sebagai sebahagian daripada pemeriksaan kesihatan anda.
1. Ismail M, Chan W-K, Majid HAJCNE. A systematic review on factors associated with Non-Alcoholic Fatty Liver Disease (NAFLD) among adolescents. 2023.
2. Singh V, Chassaing B, Zhang L, San Yeoh B, Xiao X, Kumar M, et al. Microbiota-dependent hepatic lipogenesis mediated by stearoyl CoA desaturase 1 (SCD1) promotes metabolic syndrome in TLR5-deficient mice. 2015;22(6):983-96.
3. Liang H, Jiang F, Cheng R, Luo Y, Wang J, Luo Z, et al. A high-fat diet and high-fat and high-cholesterol diet may affect glucose and lipid metabolism differentially through gut microbiota in mice. 2021;70(1):73-83.
4. Norizan Mashttah bt. Mardan MSbM, Siti Farrah Zaidah bt. Mohd Yazid, Junidah bt. Raib. Pemakanan Untuk Hiperkolesterolemia. Diet & Penyakit 2012.
Dr. Vishnu Raj .S

Vishnu Raj

Saya adalah Dokter perubatan ( MD, Hasanuddin University), pemegang ijazah sarjana Masters in Public Health (MPH, University of Malaya) dan jurulatih peribadi bertauliah (CPT NASC) yang berminat dalam sukan bina badan dan pemakanan sihat. Objektif utama saya adalah memerangi ” Fad Diet ” dan ” Bro Science ” dengan mengongsi artikel yang disokong oleh fakta dan bukti saintifik.

Facebook 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Share This
error: