Suplemen VS. Makanan Sebenar: Mana Lebih Baik?
Dari segi sumber nutrisi makanan sebenar adalah lebih lengkap. Makanan sebenar, seperti buah-buahan, sayur-sayuran, daging tanpa lemak, ayam, ikan, dan nasi mengandungi pelbagai nutrien penting dalam bentuk semula jadi [1]. Selain vitamin dan mineral, makanan ini juga membekalkan serat, fitonutrien, dan antioksidan yang tidak dapat diduplikasi oleh suplemen [2]. Sebagai contoh, buah oren bukan sahaja mengandungi vitamin C tetapi juga flavonoid yang menyokong kesihatan jantung dan sistem imun [3].
Bukan itu sahaja, malahan makanan sebenar mempunyai bioavailability yang lebih baik. Penyerapan nutrien lebih baik dalam makanan sebenar. Kajian menunjukkan bahawa nutrien daripada makanan sebenar lebih mudah diserap dan digunakan oleh tubuh berbanding suplemen sintetik [4]. Sebagai contoh, kalsium daripada susu adalah lebih bioavailable berbanding kalsium dalam bentuk pil [5]. Ini kerana makanan mengandungi kofaktor semula jadi yang membantu dalam penyerapan nutrien.
Tambahan, pengambilan suplemen berlebihan adalah berbahaya. Suplemen boleh menyebabkan ketoksikan jika diambil secara berlebihan. Sebagai contoh, dos tinggi vitamin A boleh menyebabkan kerosakan hati, manakala lebihan zat besi boleh meningkatkan risiko penyakit kardiovaskular [6]. Sebaliknya, makanan sebenar lebih selamat kerana tubuh mempunyai mekanisme semula jadi untuk mengawal pengambilan nutrien [7].
Bukan itu sahaja, malahan kelebihan suplemen dalam keadaan tertentu harus dipertimbangkan. Walaupun makanan sebenar adalah pilihan terbaik, suplemen tetap mempunyai peranan, terutamanya bagi individu yang mengalami kekurangan nutrisi atau keadaan kesihatan tertentu. Contohnya, wanita hamil disarankan mengambil asid folik untuk mencegah kecacatan tiub saraf pada bayi [8]. Begitu juga, individu yang mengalami anemia mungkin memerlukan suplemen zat besi untuk meningkatkan kadar hemoglobin [9].
Tiada satu pun suplemen yang dapat menggantikan manfaat pemakanan seimbang. Gabungan makanan sebenar dengan suplemen yang diperlukan adalah pendekatan terbaik untuk memastikan kesihatan optimum [10]. Pakar Kesihatan, dokter atau pakar pemakanan mengesyorkan agar suplemen hanya digunakan sebagai pelengkap dan bukan pengganti kepada diet harian [11].
Kesimpulan, suplemen boleh membantu dalam keadaan tertentu, makanan sebenar tetap merupakan sumber nutrisi terbaik kerana ia lebih lengkap, mudah diserap, dan selamat. Oleh itu, individu disarankan untuk mengutamakan makanan seimbang dan hanya mengambil suplemen jika diperlukan berdasarkan nasihat profesional kesihatan.
Rujukan
1. Willett WC. Nutritional epidemiology. Oxford University Press; 2012.
2. Jacobs DR, Tapsell LC. Food, not nutrients, is the fundamental unit in nutrition. Nutr Rev. 2007;65(10):439-50.
3. Peterson JJ, Dwyer JT, Jacques PF, McCullough ML. Associations between flavonoids and cardiovascular disease. Nutr Rev. 2012;70(9):491-508.
4. Erdman JW, Macdonald IA, Zeisel SH. Present knowledge in nutrition. Wiley-Blackwell; 2012.
5. Heaney RP. Calcium bioavailability. Endocr Rev. 2001;22(4):387-94.
6. Hathcock JN. Vitamins and minerals: efficacy and safety. Am J Clin Nutr. 1997;66(2):427-37.
7. Ames BN. Micronutrients prevent cancer and delay aging. Toxicol Lett. 2005;158(1):1-12.
8. Czeizel AE, Dudas I. Prevention of the first occurrence of neural-tube defects by periconceptional vitamin supplementation. N Engl J Med. 1992;327(26):1832-5.
9. Clark SF. Iron deficiency anemia. Nutr Clin Pract. 2008;23(2):128-41.
10. Mahan LK, Raymond JL. Krause’s food & the nutrition care process. Elsevier; 2020.
11. Dwyer JT, Coates PM, Smith MJ. Dietary supplements: regulatory challenges and research resources. Nutrients. 2018;10(1):41.


