Tirzepatide: Revolusi dalam Pengurusan Berat Badan?

Dalam dunia kecergasan dan pengurusan berat badan, Tirzepatide telah menarik perhatian sebagai rawatan inovatif yang mampu membantu individu mencapai sasaran komposisi badan mereka. Dikenali sebagai agonis dual reseptor GLP-1 dan GIP, Tirzepatide menawarkan pendekatan baru dalam kawalan selera makan dan metabolisme tenaga [1].

 

Tirzepatide adalah ubat suntikan yang pada asalnya dibangunkan untuk mengawal paras glukosa dalam pesakit diabetes jenis 2. Walau bagaimanapun, penyelidikan mendapati bahawa ia juga berkesan dalam menurunkan berat badan dengan ketara, menjadikannya pilihan popular dalam strategi pengurusan obesiti [2].

 

Tirzepatide bertindak dengan meniru hormon incretin, GLP-1 (glucagon-like peptide-1) dan GIP (glucose-dependent insulinotropic polypeptide). Mekanisme ini membawa kepada beberapa kesan utama:

 

Mengawal Selera Makan Mengurangkan keinginan untuk makan dan meningkatkan rasa kenyang, membantu mengurangkan pengambilan kalori secara keseluruhan [3].
Meningkatkan Sensitiviti Insulin Membantu tubuh menggunakan glukosa dengan lebih cekap, mengurangkan simpanan lemak berlebihan [1].
Menggalakkan Pembakaran Lemak Kajian menunjukkan bahawa individu yang mengambil Tirzepatide mengalami penurunan lemak badan yang lebih tinggi berbanding terapi lain [2].

 

 

Bukan itu sahaja, malahan, bagi individu yang aktif dalam kecergasan, Tirzepatide boleh memberikan beberapa manfaat penting:

 

Peningkatan Komposisi Badan Membantu menurunkan lemak badan sambil mengekalkan jisim otot tanpa lemak [3].
Kawalan Glukosa Lebih Baik Bermanfaat untuk mereka yang menjalani diet rendah karbohidrat atau mengalami rintangan insulin [2].
Peningkatan Tenaga Dengan pengurangan berat badan dan kawalan gula darah yang lebih stabil, pengguna mungkin merasakan peningkatan tahap tenaga keseluruhan [1].

 

Kursus Kecergasan 2025

Walaupun Tirzepatide menunjukkan potensi yang besar, ia tidak bebas daripada kesan sampingan. Antara yang biasa dilaporkan termasuk:

 

Loya dan Muntah Terutama pada peringkat awal penggunaan [3].
Cirit-birit atau Sembelit Perubahan dalam pencernaan mungkin berlaku sebagai tindak balas terhadap ubat ini [2].
Kos dan Aksesibiliti Harga Tirzepatide masih tinggi, menjadikannya kurang mudah didapati bagi sesetengah individu [1].

 

 

Kesimpulannya, tirzepatide membawa harapan baru dalam pengurusan berat badan dan kecergasan, terutamanya bagi mereka yang bergelut dengan obesiti atau kesukaran mengawal selera makan. Walau bagaimanapun, penggunaannya harus disertai dengan pemantauan perubatan, konsultasi dari dokter dan gaya hidup sihat untuk hasil yang optimum.

 

Rujukan

  1. Drucker, D. J. (2021). Mechanisms of action and clinical effects of GLP-1 receptor agonists. *The Lancet Diabetes & Endocrinology*, 9(8), 473-485.
  2. Jastreboff, A. M., et al. (2022). Tirzepatide once weekly for the treatment of obesity. *New England Journal of Medicine*, 387(3), 205-216.
  3. Frias, J. P., et al. (2021). Tirzepatide versus semaglutide in patients with type 2 diabetes. *The Lancet*, 398(10295), 503-513.

 

Dr. Vishnu Raj .S

Vishnu Raj

Saya adalah Dokter perubatan ( MD, Hasanuddin University), pemegang ijazah sarjana Masters in Public Health (MPH, University of Malaya) dan jurulatih peribadi bertauliah (CPT NASC) yang berminat dalam sukan bina badan dan pemakanan sihat. Objektif utama saya adalah memerangi ” Fad Diet ” dan ” Bro Science ” dengan mengongsi artikel yang disokong oleh fakta dan bukti saintifik.

Facebook 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Share This
error: