Kenapa Susah Untuk Diet?

Aiman Radzi - Kenapa Susah Untuk Diet

Ramai sedai mereka dalam kondisi badan yang gemuk, terlebih berat badan, dan lemak bergelebeh. Mereka juga tahu yang mereka kurang bersenam dan untuk mula hidup cergas serta sihat, mereka perlu ubah gaya hidup mereka ke arah lebih aktif.

Jadi, mereka mula menyarung kasut sukan yang dah berhabuk dalam almari. Untuk seminggu mereka keluar berjogging pagi dan petang. Makanan pula mula bertambah baik, dengan sebalang oat baru dibeli dari pasaraya. Sungguh hebat dan menakjubkan!

Tetapi, selang beberapa minggu, kasut mula tersimpan, dan balang oat tak kurang daripada separuh pun mula tak terusik. Mengapa jadi begini? Sungguh susah untuk kekal dengan gaya sihat, tetapi kenapa?

Kursus Kecergasan 2025

Bakteria Sebagai Penghasut

Dalam perut kita ada macam-macam jenis bakteria. Antara bakteria-bakteria ini, ada yang merupakan bakteria baik dan ada pula bakteria jahat. Semua ini dipanggil ekosistem oleh para pengkaji sains. Bakteria-bakteria tersebut hidup melalui pemakanan kita.

Jika sebelum ini, anda kerap memakan makanan kurang sihat, bakteria jahat suka dengan keadaan sebegitu. Jadi, apabila anda mula ubah gaya pemakanan, bakteria ini seakan-akan menggesa anda untuk mengambil semula makanan lama. Seperti berhenti merokok, ini dipanggil withdrawal symptoms.

Untuk memulihkan keadaan ini, anda kena cekalkan hati untuk ubah pemakanan anda. Matlamat anda adalah untuk mengurangkan jumlah bakteria jahat yang gemar dengan pemakanan tidak sihat ini melalui penerusan memakan makanan sihat. Bakteria baik akan mengalahkan kekuatan bakteria jahat. Jika dulu bakteria jahat banyak dalam perut buat anda meronta-ronta memerlukan makanan segera, sekarang bakteria baik akan meronta-ronta meminta anda kekal dengan pemakanan sihat!

Otak Dan Perasaan Ganjaran

Apabila anda berasa mengidam atau ingin memakan sesuatu makanan spesifik (kebiasaannya makanan manis, berminyak, berlemak, dan tidak sihat), ia berkait rapat dengan otak anda. Para pengkaji mengatakan keinginan kita untuk memakan secara sihat akan berkurangan apabila kita memakan makanan yang dikira obesogenik (menjadikan anda gemuk).

Kenapa? Memakan makanan tersebut mengaktifkan satu kawasan pada otak yang mengawal perasaan diberi ganjaran dan kepuasan. Apabila anda sudah biasa memakan makanan tersebut, anda akan perlu makan lagi banyak makanan itu untuk puaskan diri anda. Macam duit juga, kalau orang susah dapat duit lebih sikit sudah rasa bersyukur sangat. Kalau orang yang memang ada duit, dapat duit sikit nak rasa apa? Kena dapat lagi banyak daripada sekarang baru puas. Paham analogi di situ?

Konklusi

Secara mudahnya, untuk kurus akan memerlukan anda untuk memiliki daya tahan mental yang kuat. Anda kena lawak dua kehendak, iaitu kehendak otak dan kehendak perut anda yang dipenuhi bakteria jahat. Apabila anda dapat melawan kedua-dua anasir ini, anda akan menuju ke arah kejayaan dalam transformasi diri!

Rujukan:

  1. Dani Shugart, 10 Sneaky Things Making You Fat, T-Nation
Aiman Radzi

Aiman Radzi

Penggemar sukan melibatkan kekuatan fizikal, Aiman Radzi kini kembali lagi untuk berkongsi perjalanan dan pendapatnya tentang latihan dengan pembaca semua!

Facebook 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Share This
error: