Rendahkan Lemak Badan Dengan Blueberry
Blueberry adalah sejenis makanan yang sangat berkhasiat untuk kita, dan saya yakin ramai sudah tahu serta bersetuju dengan kenyataan tersebut. Kenapa blueberry (atau kebanyakan jenis berry yang lain) dikatakan begitu bagus? Kerana kandungan phytochemical yang tinggi, dikenali sebagai polyphenol. Bahan inilah yang menjadikan buahan berry seperti super food!
Ada banyak jenis berry, dan blueberry pula juga ada jenis antara yang biasa ataupun yang wild (datang daripada negara barat) di mana jenis ini mengandungi lebih banyak antioksida daripada blueberry yang biasa. Tetapi, tiada masalah untuk amalkan blueberry biasa kerana khasiatnya masih tinggi. Jadi, bagaimana anda boleh turunkan lemak dengan mengambil blueberry? Mari kita lihat beberapa kajian yang dilakukan dengan super food ini.
Blueberry Melawan Keradangan
Ramai mengakui kelebihan blueberry dalam melawan keradangan (inflammation) dan kondisi-kondisi metabolik yang lain, seperti tiada toleransi dengan glukosa, kurang sensitiviti terhadap insulin, dan lain-lain. Jadi, para saintis mula mencari kebaikan baru pengambilan blueberry. Antaranya, adakah pengambilannya akan membantu untuk mengurangkan pembentukan sel lemak dalam badan?
Kajian Yang Dijalankan
Empat kumpulan tikus telah “dilantik” untuk menjadi sebahagian daripada kajian ini, di mana tiga kumpulan tersebut diberikan sejumlah polyphenols yang berbeza-beza, manakala kumpulan keempat tidak diberikan sebarang bahan berkait dengan phytochemical tersebut.
Menariknya, kumpulan tikur yang mendapat bekalan polyphenols mengalami pengurang proses pembentukan sel adipocytes (lemak). Kumpulan yang mendapat bekalan tertinggi sangat jelas dengan kesan tersebut. Manakala, kumpulan keempat yang tidak menerima polyphenols tidak mengalami sebarang perubahan pada lemak badan mereka.
Cara Kita Aplikasikan
Sememangnya, lebih banyak kajian perlu dijalankan untuk mengesahkan lagi pendapatan ini. Tetapi, tidak salah untuk anda amalkan pengambilan blueberry. Para pengkaji bersetuju, dua cawan blueberry sehari dapat memberikan banyak manfaat kesihatan kepada manusia. Jika anda tidak mampu cari blueberyr, apa-apa jenis berry boleh dijadikan pengganti.
Rujukan:
- Chris Shugart, Tip: Inhibit Fat Cells Formation With These Berries, T-Nation



