Adakah Kadar Metabolism Merosot Mengikut Umur?
Bila meningkat usia, kita rasa semakin sukar nak bina otot, nak bakar lemak, dan akhirnya kita menyalahkan kadar metabolisme merosot. Tapi adakah kadar metabolisme merosot dengan usia?
Ada 1 kajian melibatkan 6500 subjek daripada 29 negara menunjukkan metabolisme lelaki dan perempuan tidak merosot secara signifikan selagi tak cecah umur 60 tahun. Subjek dalam kajian ini berusia antara 8 tahun ke 95 tahun. 80 pengkaji terlibat dalam kajian ini.
Kajian membuktikan kita boleh capai sasaran bina otot, bakar lemak jika kita berkehendak. Ramai yang berhenti melakukannya disebabkan ‘percaya’ metabolisme mula merosot.
Apa dapatan kajian
Metabolisme paling tinggi di antara usia 9 hingga 15 bulan, mencecah 50 peratus tinggi daripada orang dewasa. Kemudian ia mula merosot sekitar 3 peratus setahun sehingga usia 20 tahun. Ketika kanak-kanak, metabolisme kita tinggi. Masuk alam pekerjaan, kita mula kurang aktif, maka badan seolah-olah di pam.
Realitinya, dari usia 20 hingga 60, metabolisme kita di tahap plateau. Tiada pengurangan metabolisme, cuma kita yang kurang bergerak. Masuk umur 60 tahun, kadar metabolisme mula merosot sekitar 0.7 peratus setahun. Mereka yang berusia 90 tahun ke atas, biasanya kurang 26 peratus metabolisme berbanding mereka di pertengahan umur.
Anda boleh perlahankan kadar merosot dengan kekal aktif, dan jaga pemakanan apabila berusia 60 tahun ke atas.
Apa lagi alasan anda untuk tidak bersenam?
Rujukan




