Adakah MSG Bahaya?

Betul ke MSG itu bahaya?

Apa itu MSG?

Nama penuhnya, monodosium glutamate. Ia cuma protein semulajadi yang di stabilkan dengan sodium. Sodium adalah garam. Ia merupakan perisa makanan yang popular pada makanan asia pada peringkat awal. Ia diperbuat daripada asid l-glutamic daripada jagung, tebu, dan sebagainya. Ia hadir secara semulajadi dalam tomato, keju dan sebagainya. Ia ditambah sebagai perisa dalam makanan seperti sos, mustard, makanan ringan, sup dan banyak lagi.

Makanan sebegini meningkatkan penghasilan air liur yang mana menyebabkan makanan rasa lebih sedap. Walaupun ia masin, tapi cuma 1 pertiga jumlah sodium jika dibandingkan dengan 1 sudu garam.

Adakah ianya merbahaya?

Ia mula digunakan pada awal 1900 dan mula dapat nama buruk di penghujung 1960. Ia disebabkan masalah rasis dengan masakan asia pada ketika itu. MSG tiba-tiba dikaitkan dengan segala masalah kesihatan. Sejak itu, timbul mitos berzaman kata MSG merbahaya.

U.S Food and Drug Administration (FDA) kini mengeluarkan kenyataan MSG selamat diambil. Ia disokong oleh WHO dan FAO. Tiada data kukuh menunjukkan MSG bahaya.

MSG symptom complex?

Kajian menunjukkan ada peratusan kecil pengambil MSG sensitif padanya. Ia kesan sementara saja. Antara simptomnya adalah sakit kepala, mual, kebas dan sebagainya. FDA kata mereka yang sensitif dengan MSG mula rasa kesannya apabila ambil lebih 3 gram tanpa makanan lain, Makanan secara purata ada kurang daripada 0.5 gram MSG.

Adakah MSG menyebabkan obesiti?

Tiada kajian menunjukkan MSG beri kesan pada tisu lemak, reseptpr leptin atau bahagian badan lain yang dikaitkan dengan penambahan berat badan. Ada kajian yang tunjuk peningkatan BMI jika diambil berterusan untuk 1 jangka masa. Tapi sehingga kini belum ada bukti kaitan MSG dan obesiti.

Ia mungkin disebabkan MSG beri rasa sedap pada makanan dan menyebabkan kita makan berlebihan.

Bagaimana nak tahu makanan itu mengandungi MSG atau tidak?

FDA telah tetapkan MSG dilabelkan dalam makanan proses tapi kalau ikutkan banyak makanan yang ada MSG secara semulajadi termasuk makanan tambahan protein isolate.

Rujukan
https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC2610632/
https://www.menshealth.com/nutrition/a26006305/msg-not-bad-for-you/
https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC6952072/
https://fivethirtyeight.com/features/how-msg-got-a-bad-rap-flawed-science-and-xenophobia/

Kursus Kecergasan 2021

Zaki Khan adalah seorang terapi senaman yang diperakui. Pernah berkhidmat sebagai jurulatih kepada jurulatih untuk Majlis Kecergasan Kebangsaan di bawah kelolaan Dato Azalina Othman. Berpengalaman lebih dari 22 tahun dalam bidang kecergasan. Sebagai seorang terapi senaman, Zaki Khan terlibat bukan sahaja sebagai seorang jurulatih kecergasan tetapi juga dalam rehabilitasi, berhadapan dan membetulkan masalah-masalah ketidakseimbangan otot, menguatkan kembali otot-otot yang lemah supaya seseorang itu dapat menjalankan fungsi asas badan. Zaki Khan juga banyak terlibat dalam kempen-kempen mempromosikan kesihatan samada sebagai seorang penceramah, penganjur atau jemputan.

Facebook Twitter YouTube 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Share This
error: