Minum Kopi Sebelum Latihan Beban: Baik atau Buruk?

Kopi dapat memberi manfaat dan keburukan kepada atlet yang meminumnya sebelum melakukan latihan beban

Minum kopi selalunya dikatakan sebagai perangsang kepada tenaga badan kita. Bahan kafein sebenarnya merangsang sistem saraf pusat. Sebab itulah kita akan menjadi lebih bertenaga, susah hendak tidur dan sebagainya.

Jadi, apakah patut kita meminum kopi sebelum latihan beban? Adakah elok? Adakah ia dapat memberi tenaga lebih untuk melakukan latihan beban?

Kopi memberi kesan yang berbeza kepada setiap orang. Bukan semua orang akan susah tidur selepas meminum kopi. Ada orang yang badannya telah biasa dengan kesan kafein daripada kopi, sebab itulah kopi tidak memberi kesan yang besar pun kepada dirinya.

Sebenarnya, kopi tidak selalunya bagus untuk diminum sebelum melakukan senaman beban. Mari kita lihat dahulu kebaikan meminum kopi sebelum bersenam.

Kebaikan Meminum Kopi Sebelum Melakukan Latihan Beban

Meminum kopi sebelum bersenam dapat:

  1. Meningkatkan kekuatan dan ketahanan otot
  2. Meningkat stamina badan
  3. Meningkatkan ketangkasan fizikal seperti melompat, melari laju dan sebagainya
  4. Meningkatkan kognitif, maka kita lebih fokus dan peka
  5. Lebih membakar lemak berbanding tidak meminum kopi

Minum kopi bukan sekadar bagus untuk mereka yang bersenam di gim, bahkan yang tidak melakukan apa-apa pun.

Bilakah Masa Terbaik untuk Minum Kopi?

Menurut kajian, waktu yang paling baik untuk minum kopi ialah 60 minit sebelum senaman. Ini dapat memberi kesan terbaik daripada kopi tersebut. Sebab, kopi memerlukan masa untuk masuk ke dalam aliran darah kita. Maka, 60 minit merupakan masa yang sangat sesuai untuk ia mencapai keberkesanan kemuncak.

Berapakah Banyak Kopi yang Harus Diminum?

Jawabnya, cukup sekadar satu atau dua cawan kopi sahaja.

Apakah Jenis Kopi yang Sepatutnya Diminum?

Apa-apa pun tiada masalah. Cuma, seeloknya, pilihlah kopi yang kurang gulanya. Sebab, kesan yang kita mahu masuk ke dalam aliran darah kita itu ialah kafein, bukan gula.

Jangan sampai gula melebihi kafein pula.

Keburukan Minum Kopi Sebelum Bersenam

Kopi ini lambat untuk dicerna dalam badan kita. Sekiranya terdapat masalah pencernaan, maka perut kita akan jadi tidak selesa.

Selain itu, bagi mereka yang agak sensitif dengan kesan kafein, akan mengakibatkan susah hendak tidur. Mereka tidak cukup tidur, ototnya akan tidak ada masa yang secukupnya untuk baik. Dengan itu, prestasi sukan seseorang boleh merudum.

Boleh juga kopi ini membuatkan seseorang itu terlebih ambil atau overdose.

Kesimpulan

Pengambil kopi haruslah seimbang dengan kemampuan badan kita agar kita dapat memanfaatkannya untuk meningkatkan prestasi kita di gim.

Rujukan

  1. What are the pros and cons of drinking coffee before a workout? https://www.medicalnewstoday.com/articles/coffee-before-workout
  2. Should You Drink Coffee Before Your Workout? https://www.healthline.com/nutrition/coffee-before-workout
Sadiq Salihoddin

Saya seorang penulis yang meminati sukan-sukan yang berorientasikan kekuatan (strength). Saya juga seorang atlet profesional gusti lengan yang bertapak di Kuala Lumpur. Saya menulis adalah untuk berkongsi pengetahuan. Saya berharap, perkongsian ilmu dengan cara begini secara tidak langsung dapat memperkembangkan literasi dalam bidang sains sukan umumnya. Selamat membaca!

Facebook 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Share This
error: