Adakah Sumo Deadlifts itu Sia-Sia?

Sumo deadlifts merupakan satu senaman yang membawa manfaat tersendiri

Bagi mereka yang sering melakukan deadlifts di gim, pasti ada yang khuatir dengan satu variasi deadlifts yang dipanggil sebagai sumo deadlifts. Bezanya dengan deadlifts biasa adalah pada jarak di antara kaki kanan dan kaki kiri kita ketika melakukan senaman tersebut.

Sumo deadlifts, kita perlu memposisikan kedua-dua kaki kita lebih luas. Makna mudahnya, kita harus kangkang lebih.

Kenapa ada pihak yang mempermasalahkan sumo deadlifts? Sebabnya mudah, mereka beranggapan bahawa sumo deadlifts itu memudahkan kita mengangkat beban yang lebih berat.

Hal ini kerana mereka beranggapan lagi bahawa julat pergerakan sumo deadlifts itu lebih pendek berbanding deadlifts biasa. Oleh kerana julat pergerakannya 20%-25% lebih pendek, maka lebih mudahlah seseorang itu mengangkat beban yang lebih berat. Kesimpulannya, sumo deadlifts ini sia-sia sahaja. Ia dianggap mengambil jalan mudah.

Sekiranya julat pergerakan lebih pendek, maka ia akan memberi tekanan yang kurang kepada otot belakang bawah dan belakang tengah.

Jadi, adakah betul semua dakwaan ini?

Jawabnya, kita tidak boleh menganggap bahawa sumo deadlifts akan memberi kesan yang sama seperti deadlifts biasa atau deadlifts konvensional.

Sebab, sumo deadlifts merupakan satu senaman khusus yang mempunyai keunikan dan manfaatnya yang tersendiri.

Memang betul julat pergerakan sumo deadlifts itu lebih pendek berbanding deadlifts konvensional.

Namun, sumo deadlifts lebih mengaktifkan otot paha atas (quadriceps) dan pinggang berbanding deadlifts konvensional. Dengan ini sahaja sudah cukup untuk menjawab anggapan-anggapan palsu di luar sana.

Mereka yang melihat sumo deadlifts sebagai satu senaman sia-sia merupakan orang yang tidak ada asas tentang ilmu kekuatan (strength).

Sangatlah tidak logik untuk meletakkan deadlifts konvensional dan sumo deadlifts ke dalam satu bakul dan mengharapkan manfaat yang sama. Kalau sudah caranya berbeza, sudah tentulah kesannya juga berbeza.

Rujukan
1. Are Sumo Deadlifts Cheating? (No, Here’s Why). https://powerliftingtechnique.com/sumo-deadlifts-cheating/

Sadiq Salihoddin

Saya seorang penulis yang meminati sukan-sukan yang berorientasikan kekuatan (strength). Saya juga seorang atlet profesional gusti lengan yang bertapak di Kuala Lumpur. Saya menulis adalah untuk berkongsi pengetahuan. Saya berharap, perkongsian ilmu dengan cara begini secara tidak langsung dapat memperkembangkan literasi dalam bidang sains sukan umumnya. Selamat membaca!

Facebook 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Share This
error: