Seks dan Senaman

Adakah aktiviti seksual fizikal atau melancap merosotkan prestasi kita dalam senaman?

Satu persoalan yang baik sebenarnya. Banyak kebaikan seks sebenarnya. Aktiviti seksual rembeskan adrenaline dan endorphin pada badan kita. Ia meningkatkan degupan jantung. Aktiviti ini juga merembeskan oxytocin, bantu mengurangkan tekanan.

Kita banyak terikat dengan orang lama yang kata sebelum aktiviti sukan jangan ada aktiviti seksual. Mereka kata lutut boleh goyang dan sebagainya. Ada banyak kajian sebenarnya. Salah 1 kajian menguji 12 atlet bola untuk buat senaman leg curl dan leg extension di gim. Mereka ukur tenaga kinetik dan torque pada hari mereka lakuan aktiviti seksual pada malam sebelum itu dan pada hari tanpa aktiviti. Tiada perbezaan.

Kursus Kecergasan 2021

Untuk pengetahuan, ada juga kajian sebaliknya tapi sedikit. Ludwig Boltzman Insitute pada tahun 2002 tunjukkan aktiviti seksual kurangkan testosteron sedikit sementara tapi tidak jejaskan prestasi.

Kebanyakan manusia menggunakan tenaga yang sedikit untuk aktiviti seksual. Secara purata aktiviti mungkin bertahan sekitar 5 hingga 20 minit, melainkan dia mungkin pekerja seksual, atau menggunakan ubat kuat dan sebagainya.

Pernah dengar nama, Wilt Chamberlain? Beliau lagenda pemain bola kerajang yang hebat. Berjaya mendapat mata dalam pertandingan, 31419 mata dan pernah dapat 100 mata dalam 1 pertandingan. Dia kata pernah tidur dengan 20,000 perempuan sepanjang hidupnya, menunjukkan dia seorang yang aktif kehidupan seks tapi masih boleh capai kejayaan dalam sukan.

Melancap atau onani juga tak beri kesan pada prestasi tapi mungkin ganggu motivasi latihan. Takde masalah pun nak melancap dan terus ke gim buat squat jika anda sentiasa bermotivasi.

Rujukan

  1. https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC6522944/
  2. https://pubmed.ncbi.nlm.nih.gov/33795477/
  3. https://www.theatlantic.com/health/archive/2012/08/the-sexual-prowess-of-wilt-chamberlain-20-000-women/261429/
  4. https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC6377384/

Zaki Khan adalah seorang terapi senaman yang diperakui. Pernah berkhidmat sebagai jurulatih kepada jurulatih untuk Majlis Kecergasan Kebangsaan di bawah kelolaan Dato Azalina Othman. Berpengalaman lebih dari 22 tahun dalam bidang kecergasan. Sebagai seorang terapi senaman, Zaki Khan terlibat bukan sahaja sebagai seorang jurulatih kecergasan tetapi juga dalam rehabilitasi, berhadapan dan membetulkan masalah-masalah ketidakseimbangan otot, menguatkan kembali otot-otot yang lemah supaya seseorang itu dapat menjalankan fungsi asas badan. Zaki Khan juga banyak terlibat dalam kempen-kempen mempromosikan kesihatan samada sebagai seorang penceramah, penganjur atau jemputan.

Facebook Twitter YouTube 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Share This
error: