Bagaimana Hendak Melompat Lebih Tinggi (Khusus untuk Atlet Bola Keranjang!)

Kita perlu melakukan senaman yang menguatkan otot bawah badan untuk melompat lebih tinggi

Bagi mereka yang aktif bermain sukan bola keranjang, pasti mereka akan terfikir untuk meningkatkan daya lompatan mereka. Masakan tidak, mereka hendak lebih mudah menjaringkan bola.

Purata ketinggian orang Asia seperti kita adalah 169 cm. Jadi, sangat jauh dengan tempat untuk menjaringkan bola.

Selain daripada menjadi tinggi, kita juga boleh melatih badan kita untuk melompat lebih tinggi. Ada senaman-senamannya.

Lari pecut naik bukit

Ini merupakan senaman yang agak universal bagi semua sukan berlari seperti bola keranjang sendiri, ragbi, bola sepak dan sebagainya.

Senaman ini boleh menguatkan otot bawah badan dan yang paling penting, dapat meningkat daya eksplosif badan kita.

Senaman bola keranjang ini memang semestinya memerlukan daya eksplosif yang tinggi untuk menjadi atlet terhebat.

Untuk mencapai tahap itu, biasakan melakukan senaman lari pecut naik bukit.

Bagaimana? Jangan lupa untuk memanaskan badan. Lalu, lari pecut selaju yang mungkin menaiki bukit sejauh 10-20 meter.

Lakukan perkara ini dengan beberapa pusingan sehingga kita letih dan lesu.

Lazimkan senaman ini kerana ia berbentuk kardio.

Squat lompat

Senaman ini sama biomekaniknya dengan squat biasa tetapi ia ditambah dengan lompatan setiap kali rep.

Squat lompat memberi kesan yang signifikan kepada semua otot bawah badan seperti paha, belakang paha, betis dan sebagainya.

Lakukan seberapa banyak rep yang kita mampu dengan beberapa pusingan. Semua ini berdasarkan kemampuan terkini kita.

Jangan lupa untuk cata prestasi kita supaya setiap kali sesi latihan, kita boleh pertingkatkan semua itu.

Lompat cuba capai siling

Overhead reaching jump ialah satu senaman melompat lalu kedua tangan kita cuba untuk mencapai satu benda tinggi.

Ini bermakna, ketika senaman ini dilakukan, kita akan berasa satu badan kita diregangkan terutama sekali di belah rusuk.

Senaman ini adalah yang paling hampir gayanya dengan permainan bola keranjang sebenar.

Ketika kita hendak menjaringkan bola, menahan bola daripada dimasukkan ke dalam jaring pihak kita dan sebagainya, kita akan melompat dan kedua tangan kita diangkat lurus.

Ia sangat bagus untuk membuatkan kita mencapai benda tinggi yang kita hendak capai.

Lompat atas kotak

Plyometric box jump adalah apabila kita meletakkan kotak di hadapan kita dengan tinggi yang kita hendak capai.

Jadi, kotak tersebut mewakili prestasi ketinggian daya kita melompat.

Lakukan ini sebanyak yang boleh. Tambah ketinggian dengan menambah kotak untuk mencabar prestasi kita.

Rujukan

  1. https://www.basketballforcoaches.com/vertical-jump/
  2. https://www.vertimax.com/blog/basketball-skills-training-7-exercises-to-improve-jump-and-agility

Saya seorang penulis yang meminati sukan-sukan yang berorientasikan kekuatan (strength). Saya juga seorang atlet profesional gusti lengan yang bertapak di Kuala Lumpur. Saya menulis adalah untuk berkongsi pengetahuan. Saya berharap, perkongsian ilmu dengan cara begini secara tidak langsung dapat memperkembangkan literasi dalam bidang sains sukan umumnya. Selamat membaca!

Facebook 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Share This
error: