Bagaimana Menggunakan Steroid Anabolik

Hari ini saya menulis tajuk yang agak kontroversi sikit, “Bagaimana Menggunakan Steroid Anabolik”. Situasi hari ini, di mana-mana, kita boleh jumpa steroid anabolik. Dah macam jual gula-gula. Tanpa segan silu lagi sama-sama masuk dalam tandas untuk cucuk menyucuk. Ada yang tahu, itu adalah dadah sukan, ada yang sama sekali tidak tahu. Adakah anda turut menggunakannya?
Ada beberapa peraturan asas:
1. Dapatkan Nasihat
Nasihat di sini adalah nasihat pakar. Bukan nasihat daripada kawan anda yang kerja sebagai tukang kebun. Bukan kawan anda yang kerja sebagai jurulatih. Untuk pengetahuan anda, trainer tidak boleh buat preskripsi steroid. Jika anda dengar nasihat daripada tukang kebun untuk menggunakan steroid, adakah anda boleh dikategorikan sebagai bodoh? Badan cantik, bukan lesen untuk preskrip steroid. Dapatkan nasihat doktor atau sesiapa yang berkelayakan.
2. Kitar
Jangan lupa untuk mengikut kitaran. Kebanyakan daripada pengguna terlalu seronok menggunakan sehingga lupa untuk berhenti. Saya pernah jumpa, ada yang menggunakan lebih daripada setahun tanpa henti. Tempoh berhenti paling selamat adalah sekitar 6 minggu untuk membolehkan kelenjar-kelenjar terlibat berehat dan memulihkan kembali paras kolesterol. Penggunaan post cycle therapy atau PCT adalah untuk menutup kitar tersebut dan bukan untuk menyucikan badan. Tiada istilah cuci bila guna steroid anabolik.
3. Ubah Tempat Cucuk
Jangan hanya menggunakan satu bahagian untuk mencucuk. Ubah ke tempat-tempat lain sekali. Terdapat kes di mana ada bahagian rosak kerana kerap dicucuk sehingga terpaksa dipotong buang. Jangan guna lebih 2ml pada otot-otot kecil seperti bahu. Selepas cucuk, biarkan jarum dalam 10 saat sebelum mencabutnya. Ianya untuk mengelakkan terkeluar kembali.
4. Jangan Bercakap Bebas
Jangan terlalu seronok bercerita pasal steroid anabolik kepada orang lain. Kesihanilah mereka. Mereka tidak mahu menanggung kesan sampingan steroid anabolik. Biarlah diri anda sendiri menanggungnya. Di Malaysia, kini dalam proses menjadikan pengedaran steroid di bawah Akta Racun 1952. Jangan terlalu seronok bercerita dan mengedar. Selamatkan anak muda kita. Kalau orang tanya, bagitau anda natural. Hmm… bukan neutral.
5. Kerap Jumpa Doktor
Jangan hanya keluar beribu untuk steroid, supplement dan makan tetapi lupa untuk buat medical checkup. Paling kurang, buat medical checkup penuh setiap 3 bulan dan lebih kerap jika penggunaan anda tinggi. Jangan lupa dapatkan insuran yang bersesuaian.
6. Kolesterol
Steroid anabolik, kebanyakannya meningkatkan kolesterol sama ada secara langsung atau tidak. Bayangkan jika anda ambil steroid tetapi buat dirty bulking. Telan anabol makan nasi goreng ayam. Fuh, marvelous masuk minyak dalam badan. Anda dinasihatkan buat clean diet jika menggunakannya dan dalam masa sama, jangan abaikan senaman kardiovaskular. Tingkatkan pengambilan serat dalam diet harian.
7. Sistem Imunisasi
Perlu diingatkan, apabila menggunakan steroid sebagai bahan tambahan. Ada kemungkinan, sistem imunisasi akan jatuh. Senang demam. Senang sakit. Jika perlu, dapatkan multivitamin tambahan. Tingkatkan pengambilan glutamine untuk membantu pemulihan.
8. Makan
Perlu diingatkan, kebanyakan steroid anabolik meningkatkan protein sintesis. Ia umpama satu benda yang diambil untuk menjadikan badan anda mesin untuk bekerja. Ia perlukan makanan sebagai bahan bakar. Anda kena makan, makan dan makan. Cukupkan keperluan nutrisi anda sebelum anda dimakan.
9. Persiapan
Cukupkan simpanan anda dan jangan lupa wariskan kepada waris terdekat. Kita tidak tahu bila ajal akan datang menjelma. Dah ramai yang mati di Malaysia. Ada yang akan menjawap, “lagi ramai yang mati kerana rokok”. Ya betul, sebab yang hisap rokok lebih ramai daripada yang mengambil steroid anabolik. Banyakkan amalan di saat-saat meletakkan diri dalam risiko.
Topik Berkaitan Steroid Anabolik
Steroid Anabolik
Pengenalan Steroid 1
Pengenalan Steroid 2
Kesan Sampingan Steroid Anabolik
Kesan Buruk Steroid Anabolik
Mereka Mati Kerana Steroid
Isu Penjualan Steroid Secara Terbuka
Isu Steroid
Rujukan Luar
http://www.pharmacy.gov.my/v2/ms/dokumen/akta-racun-1952-peraturan-peraturannya.html
Pendek kata, jgn ambil.badan sihat dan xpayah nak risau2. Gunakan prinsip 5 jari seperti yang dato pernah tulis dlm artikel yang lepas
Assalamualaikum abg ZK,
Sy ada guna steroid anabolik ,
Sy ada juga kwn yg pantau penggunaan dan dy juga personal trainer sy..
Tp sy nak ambik ilmu juga dr abg.
Sy pki sustonon 300 12ml dlm msa 3buln seminggu 1ml. then, naik body mass sy n berat..73 ke 82..pastu kwn sy suggest ambik g Test e 300 12ml pastu bru PCT..pd pandgan abg mcm mn? Btul ker?
wslm. kawan tu doctor ke? mcm mana dia pantau kalau dia bukan doctor?
Salam doc. Saya nak tanya soalan. Adakah semua jenis testosterone adalah steroid anabolik? Jika ambil salah satu dari testosteron tersebut apakah kebaikan dan keburukannya untuk perempuan dan juga lelaki? Jika diambil juga adakah perlu untuk PCT? Tempoh untuk PCT adalah berapa lama selepas ambil testosterone itu? Bagaimana cara untuk PCT? Adakah biarkan sahaja steroid itu hilang sendiri kesannya? Ataupun menggunakan nolvadex+clomid ataupun femara? Dan apakah beza antara sustanon dan juga testosterone? Mohon pencerahan doc
wslm. pct perlu atau x kena buat blood test tgk jenis mana diperlukan. biasa kalau test mmg perlu pct. antara pct yg cmon adalah guna hcg.
Salam bang cucuk steroid sebelum senam atau selepas? Ada kwn kata sebelum ada kwn kata selepas.
wslm. kena dptkan advice doctor bila nak cucuk ni