Berapa Banyak Nak Minum?

Berapa banyak air diperlukan oleh kita setiap hari? Soalan mudah tapi sebenarnya tiada jawapan yang mudah. Ada banyak kajian yang mencadangkan pengambilan air tapi keperluan individu bergantung kepada beberapa faktor termasuk kesihatan, tahap keaktifan, iklim dan sebagainya.
Tiada formula yang sesuai untuk semua orang. Menurut prinsip, 50 hingga 70 peratus komponen badan kita adalah air. Badan kita berpandu pada air untuk hidup. Setiap sel, tisu dan organ perlukan air. Badan perlukan air untuk kekalkan suhu badan, untuk lubrikasi sendi dan sebagainya. Kekurangan air membawa kepada masalah dehidrasi. Walaupun sedikit dehidrasi, badan akan kekurangan tenaga dan buat kita penat.
Nasihat paling mudah, kita perlukan sekurang-kurang 8 gelas air jika tolak air daripada makanan dan sebagainya. Ada juga yang letak garis panduan umum, setiap 25kg berat badan bersamaan dengan 1 liter air.
Sebahagian faktor yang menentukan jumlah air;
1. Senaman – Sekiranya anda bersenam yang menyebabkan anda berpeluh, keperluan anda lebih tinggi. Begitu juga kerja kontrak dan sebagainya.
2. Persekitaran – Cuaca juga main peranan. Cuaca panas menyebabkan dehidrasi lebih mudah. Altitud tinggi juga menyebabkan dehidrasi.
3. Kesihatan – Badan memerlukan air jika anda demam, muntah, cirit birit dan sebagainya. Masalah jangkitan pada buah pinggang juga memerlukan air lebih banyak.
4. Mengandung atau Menyusukan anak – Anda memerlukan air lebih banyak untuk kekal hidrasi.
Pengambilan air tidak semestinya daripada air semata-mata. Ia boleh jadi daripada makanan seperti sayur dan buah seperti tembikai dan bayam.
Macam mana nak tahu kita cukup air atau tidak?
Kebiasaan kita jarang rasa dahaga dan air kencing agak jernih. Jangan sampai air kencing tiada warna. Itu boleh jadi masalah lain.
Walaupun air penting, minum berlebihan juga bahaya. Kebiasaannya mereka yang bersenam intensiti tinggi akan minum air berlebihan. Bila berlebihan air, badan sukar untuk buang air tersebut. Lama kelamaan, kandungan sodium berkurangan. Boleh ke arah masalah hypoatremia yang ada masanya boleh menyebabkan kematian dan sebagainya.