Bergayut: Baik Untuk Tulang Belakang Anda!

Dead hang memberi banyak manfaat terutama pada tulang belakang

Tanpa melakukan pull up, dead hang sahaja sudah banyak memberi kebaikan kepada tulang belakang anda.

Sebelum apa-apa, apakah itu dead hang?

Dead hang adalah bergayut tanpa melakukan pull up. Kita hanya statik pada posisi bersedia pull up saja. Kita tidak perlu mengangkat diri kita sepertimana pull up.

Sebab itu ia dinamakan dead hang. Ia tidak mempunyai apa-apa pergerakan, hanya statik dan “dead”.

Sepanjang pembacaan penulis, banyak kajian yang telah dilakukan tentang dead hang.

Disebabkan itu, penulis berpandangan, kita semua wajib melakukan dead hang sekurang-kurangnya 30 saat. Buatlah bila-bila.

Seminggu sekali, dua kali seminggu, ikutlah kemampuan kita. Namun, jangan tak buat kerana ia ada banyak manfaat.

  • Regangkan tulang belakang

Kita selalu duduk menghadap skrin. Badan kita kadang-kadang bongkok. Disebabkan terlalu lama duduk pada posisi begitu, kita perlulah meregangkan tulang belakang kita.

Maka, lakukan dead hang.

Ia menyahmampatkan tulang belakang dan otot-otot yang sekitar dengannya seperti lat, flexor pinggang dan lain-lain. Barulah postur badan kita akan kelihatan cantik. Badan kita pun akan tegak.

  • Menguatkan otot cengkaman

Grip yang kuat bukan sahaja lebih memanjangkan umur, tambahan pula tidak mereputkan otot kita ketika berumur nanti.

Dead hang menguatkan otot jari (yang berasal dari wrist flexor) kerana kita menahan berat badan kita dengan jari.

  • Mengelokkan mobiliti bahu

Dengan dead hang, rotator cuff yang tercedera boleh segera sembuh. Hal ini dibuktikan menerusi satu kajian. 90 daripada 92 pesakit mengamalkan dead hang mengalami kesembuhan pada mobiliti bahu yang bermasalah.

Akhirnya, dead hang tidak diragui mampu membawa manfaat kepada keseluruhan kesihatan badan.

Rujukan

  1. https://www.healthline.com/health/fitness-exercise/dead-hang
  2. https://www.spartan.com/blogs/unbreakable-training/dead-hang-benefits
  3. https://theworkoutdigest.com/dead-hang-exercise/
Sadiq Salihoddin

Saya seorang penulis yang meminati sukan-sukan yang berorientasikan kekuatan (strength). Saya juga seorang atlet profesional gusti lengan yang bertapak di Kuala Lumpur. Saya menulis adalah untuk berkongsi pengetahuan. Saya berharap, perkongsian ilmu dengan cara begini secara tidak langsung dapat memperkembangkan literasi dalam bidang sains sukan umumnya. Selamat membaca!

Facebook 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Share This
error: