Berubah Rupa Seriras Justin Bieber

William Cookson mempunyai satu cita-cita iaitu untuk mencium seorang gadis. Akan tetapi dia tak berjaya lakukannya disebabkan dirinya yang gemuk dan pemalu. Disebabkan kegemukannya, dia rasa rendah diri. Selain itu, rupanya memang agak kurang. Satu hari setelah melihat Justin Bieber, dia bertekad menjadi seperti Justin Bieber. Dia fikir sekiranya gadis-gadis suka Justin Bieber, mereka juga akan minat kepada lelaki yang serias Justin Bieber. Jadi William telah membuat pelbagai cara termasuk diet, senaman dan akhirnya telah berjaya. Kini dia mempunyai rupa seiras Justin Bieber dan mempunyai tiga orang teman wanita.

Kursus Kecergasan 2024Saya suka cerita ini. Anda perlukan alasan untuk berjaya. Ramai gagal kerana dia tidak ingin berjaya. Alasannya untuk bersenam tidak cukup kuat. Tidak kira apa alasan anda, samada untuk pikat 10 awek, nak kahwin 4, nak bertanding, nak berbogel di pantai, bagi perempuan pula untuk pikat Perdana Menteri dan sebagainya, apa salahnya? Walaupun bukan untuk kesihatan. Jarang yang bertahan lama dengan alasan kesihatan kecuali mereka yang memerlukannya dan dah biasa bersenam. Cari sebab terbaik untuk berjaya dan jangan takut untuk berjaya!

Sebelum

Selepas

Zaki Khan adalah seorang terapi senaman yang diperakui. Pernah berkhidmat sebagai jurulatih kepada jurulatih untuk Majlis Kecergasan Kebangsaan di bawah kelolaan Dato Azalina Othman. Berpengalaman lebih dari 23 tahun dalam bidang kecergasan.

Sebagai seorang terapi senaman, Zaki Khan terlibat bukan sahaja sebagai seorang jurulatih kecergasan tetapi juga dalam rehabilitasi, berhadapan dan membetulkan masalah-masalah ketidakseimbangan otot, menguatkan kembali otot-otot yang lemah supaya seseorang itu dapat menjalankan fungsi asas badan. Zaki Khan juga banyak terlibat dalam kempen-kempen mempromosikan kesihatan samada sebagai seorang penceramah, penganjur atau jemputan.

Zaki Khan merupakan bekas atlet Strongman Malaysia. 2 kali bertanding di peringkat dunia, 2 kali peringkat Asia. Pernah dapat tempat ke 3 Arnold Classic.

Facebook Twitter YouTube 

14 thoughts on “Berubah Rupa Seriras Justin Bieber

  1. nur-fatihah says:

    tak minat justin bibir

  2. diane sera says:

    I nak seiras dgn Jamie Eason??
    tapi tak jadi, camne???

    =P

  3. as salam dato..
    nak tanya
    76kg sekitar 160lbs. amik kiraan mudah, 1g utk 1lbsbw, sehari perlukan 160g protein…sy perlukan 160g protein,2skoop whey protein ada 50g protein,jadi satu hari brapa kali whey perlu minum yg sy perlu minum?

    1. kalau boleh, lebihkan drpd sumber natural. katakan dah ada 3 chicken breast. 90g protein +- susu/telur/dll. dpt total 110g drpd sumber natural. 50g dari supplement pun ok. atau boleh kurangkan kalau lebih pada sumber natural.

  4. tq dato,satu gi mmm kalau siang buat weight tranning…kalau saya tambah latihan kardio utk mlm seperti latihan cabaran complex ok ke?

  5. Eqwan Wronggeng says:

    salam dato…
    saya ni gemuk minat untuk membentu otot tapi saya tengah pening caranya…kuruskan badan dulu or terus membentuk otot atau kedua-duanye sekali ??? 145kg…

  6. bina badan demi berbogel di pantai !

  7. Na tanyer skit..klo nk mkn sbelom workout brape jam sbelom workout n cntoh mknn..thanks

Leave a Reply to cen Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Share This
error: