Betulkah SARM Selamat Digunakan?

Aiman Radzi - Betulkah SARM Selamat Digunakan

SARM sebenarnya dicipta untuk merawat pesakit-pesakit yang ada masalah-masalah seperti tulang rapuh, muscle wasting, anemia, dan keletihan kronik. SARM merupakan jalan alternatif kepada testosterone-replacement therapy (TRT). Cuma, sekarang telah mendapat tempat di hati ahli bina badan. Mereka mengambil SARM kerana:

  1. Ingin mencuba bahan anabolik sebelum mencuba steroid.
  2. Meningkatkan keberkesanan kitaran steroid dengan risiko minimum.

SARM dikatakan dapat memberikan kesan yang sama dengan steroid, tetapi difokuskan pada sel otot dan tulang sahaja. Steroid pula boleh memberi kesan kepada organ-organ lain juga dan ia turut boleh berubah menjadi kompaun negatif dalam badan. Sebab itu ramai mahukan SARM dalam proses bina badan!

Kursus Kecergasan 2021

Betulkah SARM Selamat Digunakan?

SARM bermaksud selective androgen receptor modulator, dan secara kimia, ia seakan-akan steroid anabolik. Ada banyak jenis SARM yang terjual di pasaran. Sesetengah jenis lebih kuat daripada yang lain dan memiliki risiko yang lebih tinggi untuk mewujudkan kesan sampingan. Antara SARM yang terjual adalah seperti:

  1. MK-2866/GTx-024 (Ostarine)
  2. LGD-4033 (Ligandrol)
  3. LGD-3303
  4. GSX-007/S-4 (Andarine)
  5. GW-501516 (Cardarine)

Persoalannya, betulkah SARM selamat digunakan berbanding penggunaan steroid? Betul, SARM memang adalah alternatif baik untuk membesarkan otot daripada menggunakan steroid, tetapi ini tidak bermakna ia tiada sebarang kesan negatif langsung! Penggunaan SARM dengan melebihi dos turut boleh mendatangkan kesan yang tidak diingini.

Meskipun ramai yang memakainya, SARM sebenarnya masih baru dalam dunia ini (baru beberapa dekad sahaja). Jadi, kajian yang dilakukan terhadapnya masih kurang.

Terlebih dos SARM memberi kesan kepada produksi testosterone semula jadi anda. Memang anda kajian yang mendapati testosterone semula jadi pemakai SARM berkurangan apabila digunakan untuk sesuatu tempoh. Malah, SARM turut sedang dikaji untuk dijadikan sebagai pil kontraseptif untuk lelaki kerana ia turut mengurangkan kuantiti sperma lelaki.

SARM bukanlah sebenarnya bebas risiko kesihatan. Ia cuma memberikan kesan minimum dengan dos yang kecil. Jadi, adakah anda bercadang untuk membeli SARM dan memakainya? Terpulang, SARM memang lebih selamat daripada steroid, tetapi ia tidak bermakna yang anda boleh tutup sebelah mata.

Aiman Radzi

Aiman Radzi

Berasal dari seorang yang bersaiz kecil dan pemalu, kini menjadi lebih kuat dan berani selepas bergiat aktif dalam dunia kecergasan. Aiman Radzi merupakan seorang pelajar Fisioterapi dan peminat sukan bina badan serta angkat berat. Beliau turut mempunyai sijil sebagai NASC Fitness Instructor dan sering terlibat dengan program kecergasan untuk orang awam. Beliau juga merupakan pengamal urutan sukan.

Bagi Aiman Radzi, bersenam bukan sekadar untuk menguatkan fizikal, tetapi turut untuk membina ketahanan mental. Minatnya dalam ilmu senaman dan rehabilitasi menjadikan beliau seorang yang bermotivasi tinggi ketika berlatih dan cekap dalam penstrukturan sistem latihan.

Facebook 

34 thoughts on “Betulkah SARM Selamat Digunakan?

  1. Dato, Saya brumur 21 tahun, adakah penggunaan SARM ni sesuai untk usia saya Dato? Nk guna steriods memang tak berani.. tapi kwn2 di gym ramai yg menggunakan steroids. Sya minta pandangan dato mengenai SARM ni.. Terima Kasih

  2. Sya ada 2 lagi soalan Dato. 1)Benarkah jika minum air kepala dpt menggantikan pengambilan Novaldex dll semasa PCT.. Itulah yg dberitahu oleh org yg memggunakan steroids bila sya tnya tentang bagaimana cycle pct oleh mereka..

    2) Sya ada baca juga mengenai SARM yg mengatakan selepas cycle 8 minggu, PCT perlu di jalankan.. kalau benarlah mengenai air kelapa dpt menggantikan pengambilan Novaldex dll berkesan, saya akn menggunakan SARM tanpa was-was.. itu sahaja soalan saya Dato Zaki..
    Terima kasih

    1. Air kelapa tak “mencuci” cycle steroid. Malah, tak ada istilah “cuci” daripada steroid. Air kelapa tak dapat ganti PCT. SARM secara klinikalnya memang boleh turunkan testosteron dalam 10%, sebabtu perlukan PCT. Kecuali SARM yang kurang power. Kalau dah kurang power, hasil pun kuranglah.

      1. mohd safri says:

        adakah sarm jenis nekrolab(bulk) itu power dan perlu buat PCT..?

  3. Ohh begitu & amat jelas.. Terima kasih saudara Aiman Radzi ats info yg berguna & bermakna ini.. Terima Kasih

  4. salam dato..saya ingin guna sarm.. mana lagi power lgd 4033 atau mk2866..dan kalau ambil sarm memang kena pct ka..terima kasih..

    1. Ada SARM yang kalau ambil lama kena PCT. Macam Ligandrol, bawah 2 bulan tak perlu, atas 2 bulan kena, maksimum 3 bulan memang kena PCT.

      1. mohd safri says:

        adakah semasa proses pct, kita stop dulu ambik sarm..?

  5. Along Silat says:

    Assalam dato

    kategori sarms antara pil dan liquid, yang mana lagi berkesan?

  6. Jaidi Bin Unoh says:

    Salam sifu, nak tanya sikit kesan pengunaan sarm ni
    1) kenapa lepas amalkan sarm lgd4033 dan mk677 selama seminggu, kesan penglihatan berubah, lampu putih nampak kuning, adakah ini kesan negatif?
    2) mk677 dikatakan utk GH dan fast recovery, tapi kenapa kedua2 pinggang sy rasa mcm sakit spt dicucuk2 jarum? Adakah sarm ni akan menyebabkan kerosakan buah pinggang? Perlukah utk teruskan pengunaan sarm ni atau kurangkan dos pengambilan, sbb seller yg jual dkt saya sarankan saya kurangkan dos dari 1ml kpd 0.7ml setiap kali ambil sarm ni.

    1. Lebih baik stop kn trus pggunaan sarm….mgkin ia xbersesuaian dgn en.jaidi

  7. bagaimana hendak pct sarms tuan?

  8. Pakai yang natural lagi selamat mcm msotropin.biar lambat asal selamat.

  9. Salam dato..

    Nak tanya cycle or cuci tu bgaimana cara dia ye.. masih nubis.. masih buat kjian lg untuk sarms.. minta pencerahan ye.

  10. Assalamualaikum, sy nk tanya, sy nk guna sarm gw 50156 utk buang lemak kt bahagia perut, tapi badan sy dh kurang cuma perut sy ja bemasalah,
    Sbab dulu sy gemok dlm masa 1thun badan sy turun dgn mendadak sbab telalu sibuk dgn study mkn x jaga tapi bahagia perut still sama ja, n sy ni jenis kurang besenam sesuai ka sy amek sarm gw 50156 ni?

  11. Sy mempunyai masalah kurang darah .. sesuai ke ambil benda ini??

  12. saya menggunakn sarm mk2866 & rad140 serentak.apakah kesannya

  13. Boleh terangkan apa itu PCT.. cara-cara PCT dan apa supplement atau makanan utk PCT? Terutama utk pngguna sarms.. maaf sy bru nk belajar..

  14. salam tuan. apa beza clomid ddgn volvadex? nak pct lepas cycle sarms kena ambik clomid atau nolvadex?
    Terima kasih.

  15. busman bin idi says:

    nk pakai sarms tp nk belajar dulu cara pengunaan dia.. pct sekali

  16. Salam. Sy pengguna baru sarms lgd 4033. Baru gunakan sebotol. Mmg ada perubahan. Tapi sy cuma mengambil sebiji shj pengguna ketika berlatih,tidak digunakan pada rest day. Apakah pct terbaik yang perlu sy lakukan. Sebab lepas ni sy nak gunakan mk 2866. Minta sikit pencerahan dari pihak tuan. Terima kasih

    1. Zaki Khan says:

      wslm. amik setiap hari. guna 1 saja, x perlu pct.

  17. lgd 4033 tak perlu pct ke

    1. Zaki Khan says:

      kalau setakat 1, dlm kebanyakan kes x perlu

  18. Salam sifu2 kite sy nk tnye pasal sarm lgd4033 ni sy bru nk gune bnde ni adakah dia x mengakibatkan dri segi kesihatan

    1. Zaki Khan says:

      pengguna sarm ni ibarat tikus makmal. xtau lagi apa masalahnya. tapi setakat ni ok.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Share This
error: