Boleh Ke Ganti Sayur Dengan Buah?

Boleh ke ganti sayur dengan buah kalau jenis tak makan sayur? Satu geng karnivor dengan saya ini.
Tidak. Jawapan mudahnya tidak. Sayur dan buah miliki profil nutrisi berbeza.
Kebanyakan sayur dan buah ada vitamin C untuk sistem imunisasi dan potassium untuk kawal tekanan darah. Walau bagaimana pun, sayur hijau ada carotenoid untuk kesihatan otak dan kurangkan risiko katarak dan degenerasi makular. Ia juga penting untuk kulit dan sistem imunisasi. Banyak lagi ketidak samaan profil.

Kebanyakan buah tinggi gula, 5 hingga 15 peratus. Sayur pula biasanya di bawah 5 peratus. Jadi logiknya, buah lebih tinggi kalori secara am.
Sekiranya anda tak makan sayur, dan tak boleh mencuba, disarankan tambah makanan tambahan multi vitamin dalam diet. Ia tidak boleh mimik phytochemical dalam sayur, tapi lebih baik ada daripada tak ambil langsung. Kajian menunjukkan mereka yang banyak makan buah dan sayur kurang risiko sakit jantung, diabetes jenis 2 dan sebahagian kanser.
Rujukan