Betul Ke Kolesterol Bahaya?

Betul ke kolesterol bahaya untuk kita? Jom kita bincangkan.
Riechman et al pada tahun 2007 dalam kajiannya kata kolesterol boleh jadi baik untuk besarkan otot. Dalam kajiannya, 49 subjek berusia menghabiskan program 12 minggu dengan penjagaan nutrisi. Analisa perbandingan dibuat antara pengambilan kolestrol dan peningkatan otot. Lebih tinggi pengambilan kolesterol, lebih tinggi otot terbina.

Lee at al pada tahun 2011 pula membandingkan diet tinggi kolesterol (800 mg/d) dan rendah kolesterol (200 mg/d) di kalangan dewasa yang sihat. Kumpulan tinggi kolesterol ada hampir 3 kali kadar sintesis protin myofibrillar 22 jam selepas latihan intensiti tinggi, berbanding kumpulan rendah kolesterol. Sintesis protin myofibrillar ini menunjukkan perkembangan otot.
Van Vliet et al pada tahun 2017 menunjukkan pengambilan telur kuning dan putih lebih baik untuk bina otot, berbanding telur putih sahaja. Telur kuning tinggi kolesterol.

Kajian atas statin juga tunjuk kebaikkan kolesterol dalam bina otot. Statin adalah ubat yang digunakan dalam kebanyakan masalah jantung. Ia bantu rendahkan kolesterol. Terapi statin kurangkan kekuatan otot dan menyebabkan keradangan myositis. Dalam kes teruk boleh menyebabkan rhabdomyolisis.
Pengambilan rendah kolesterol mungkin juga jadi penyebab pengamal diet vegetarian lebih sukar bina otot walaupun pengambilan protein tinggi. Kolesterol dalam tumbuhan 100 kali lebih rendah berbanding haiwan. Faktor lain termasuk kualiti protein itu sendiri.
Kenapa kolesterol bantu bina otot?
Kolesterol meningkatkan kelikatan membran menjadikan ianya lebih stabil. Otot lebih sukar untuk rosak. Ia juga main peranan dalam membaik pulih otot dengan mengawal keradangan. Otot rosak membentuk keradangan.
Kolesterol juga penting untuk pembentukan lipid. Lipid merupakan laluan untuk menyalurkan signal dan main peranan penting dalam hipertrofi. Komponen terlibat termasuk IGF-1 dan mTOR.
Buat masa ini, tiada bukti pengambilan kolesterol meningkatkan paras testosteron. Walau bagaimana pun, teorinya lemak tepu adalah blok binaan untuk kolesterol, digunakan untuk penghasilan testosteron. Beberapa kajian menunjukkan pengurangan lemak dalam diet bersamaan dengan penurunan paras bebas testosteron bebas.

Bukankah kolesterol bahaya untuk jantung?
Sekian lama kita dimomokkan dengan kenyataan kolesterol bahaya jika diambil berlebihan. Tapi kenyataannya, pengambilan kolesterol tak beri kesan pada kolesterol dalam darah untuk kebanyakan orang. Jika pengambilan kolesterol rendah, usus akan tingkatkan kadar penyerapan. Kalau tak cukup juga, badan akan hasilkan sendiri kolesterol.
Walau bagaimana pun, terdapat kira-kira 20 peratus manusia yang mungkin beri kesan negatif pengambilan kolesterol berlebihan.
Kolesterol bersifat anabolik
Rujukan
- https://pubmed.ncbi.nlm.nih.gov/17921432/
- https://pubmed.ncbi.nlm.nih.gov/28978542/
- https://faseb.onlinelibrary.wiley.com/journal/15306860
- https://www.tandfonline.com/doi/abs/10.1517/14740338.2011.540568?journalCode=ieds20
- https://pubmed.ncbi.nlm.nih.gov/10584048/
- https://www.karger.com/Article/Abstract/235713
- https://pubmed.ncbi.nlm.nih.gov/6298507/
- https://academic.oup.com/biomedgerontology/article/63/11/1260/759439?login=false
- https://academic.oup.com/biomedgerontology/article/63/11/1260/759440?login=false
- https://www.cambridge.org/core/services/aop-cambridge-core/content/view/S0007114511000237
- https://pubmed.ncbi.nlm.nih.gov/19852882/
- https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC3900007/
- https://pubmed.ncbi.nlm.nih.gov/19852882/
- https://www.mdpi.com/2072-6643/7/9/5344/htm