Boleh Tak Bersenam Kalau Ada Influnza?

Jangkitan Influenza menjadi punca utama pekerja mangambil cuti kerja (MC) atau kanak-kanak sekolah bercuti selama beberapa hari, influenza biasa boleh menjadikan anda letih. Tetapi adakah ia menghalang anda daripada bersenam?(1)
Virus influenza A, B dan C; wujud dalam dua subjenis (H1N1 dan H3N2). Virus jenis A menyebabkan influenza merebak secara epidemik (penyakit yang merebak di kalangan penduduk sesuatu kawasan pada waktu yang sama); virus jenis B menyebabkan wabak berlaku dalam satu rantau (beberapa buah negara), dan Jenis C kurang menjejaskan manusia. Virus influenza mudah membiak dan menukar ciri antigen. Oleh itu, vaksin perlu diubah suai setiap tahun agar dapat menentang strain yang baru dengan berkesan.(3)
Gejala awal termasuk demam secara tiba-tiba, sakit tekak, batuk, berasa seram sejuk, sakit kepala, koriza (penyakit berjangkit radang akut melibatkan saluran pernafasan atas atau Upper Respiratory Tract Infection (URTI)), mialgia (sakit otot) dan prostration (tidak terdaya atau keletihan fizikal atau mental).(3)
Anda akan merasa lebih letih jika mendapat jangkitan influenza. Badan anda menggunakan tenaga tambahan untuk melawan virus ini. Ini boleh mecuri sebahagian daripada tenaga yang biasanya anda gunakan semasa bersenam. Maka jika anda mempunyai gelaja-gejala yang ringan (sakit tekak, selsema, batuk ringan) maka anda boleh melakukan latihan dengan tahap yang sederhana. (4)
Kajian oleh Peake et al melaporkan yang senaman yang berat boleh menyebabkan peningkatan permintaan pada badan dan mungkin juga melemahkan sistem imun anda buat sementara waktu. Atas sebab ini, latihan berlebihan atau senaman berulang sepanjang hari bukanlah cadangan yang baik apabila anda tidak sihat. Sebaliknya, cuba fokus pada usaha senaman sederhana. (4)
Adalah digalakkan untuk tidak melakukan senaman atau aktiviti fisikal di tempat tumpuan orang ramai seperti di gym atau taman permainan bagi mengelak proses penyebaran virus. Anda boleh melakukan senaman sederhana di rumah anda untuk mengelak transmisi penyakit ini. Jika anda menpunyai gejala seperti demam, sakit kepala, koriza ,mialgia dan prostration anda harus mendapat rawatan dengan dokter perubatan dan rehat yang mencukupi. (3)
Para pembaca juga digalakan untuk fokus pada usaha senaman sederhana yang tidak akan menyebabkan anda kehilangan keuntungan latihan anda tetapi juga tidak akan memburukkan gejala anda. Antara senaman sederhana adalah dengan melakukan senaman aerobik berimpak rendah seperti angkat berat, mengunakan peralatan senaman berimpak rendah, seperti berjalan. Kurangkan intensiti dan tempoh senaman anda sehingga anda mula berasa lebih baik.(1)
Berita baiknya influanza adalah satu penyakit yang biasanya sembuh dengan sendiri (self-limiting). Influenza biasanya akan sembuh dalam masa beberapa hari, dan anda boleh kembali bersenam. Ini bermakna penjagaan diri semasa anda mengalami influenza boleh membantu anda pulih.
Antara langkah penjagaan adalah dengan mendapat rehat yang mencukupi, minum cecair untuk mengelakkan dehidrasi, mencuci tangan dengan kerap untuk mengelakkan daripada mendapat atau menularkan kuman, mengambil ubat-ubatan yang boleh membantu mengurangkan simptom anda, seperti ubat penahan sakit di kaunter untuk sakit kepala atau demam. Mengambil masa untuk bekerja semula ke jadual senaman anda sebelum ini dan meningkatkan usaha anda selama beberapa hari boleh membantu.(1, 2)
1. Organization WH. A revision of the system of nomenclature for influenza viruses: a WHO memorandum. Bulletin of the World Health Organization. 1980;58(4):585-91.
2. Kitler ME, Gavinio P, Lavanchy D. Influenza and the work of the World Health Organization. Vaccine. 2002;20:S5-S14.
3. Choong CLK, Muttalib ARA, Heng BSL, Chia YC, Hadi HA, Isahak I, et al. Review community challenges of influenza infection and strategies for their management: Malaysian perspective. 2020.
4. Peake JM, Neubauer O, Walsh NP, Simpson RJ. Recovery of the immune system after exercise. Journal of Applied Physiology. 2017;122(5):1077-87.