Pempengaruh Kecergasan yang Kena Cancel

Dalam artikel ini, saya akan menceritakan beberapa pempengaruh media sosial kecergasan yang telah disisihkan oleh masyarakat. Pada pandangan saya, mereka ini memang layak disingkirkan kerana mereka telah menipu orang ramai untuk mempromosikan kandungan media sosial mereka.

Sebagai peminat kepada dunia kecergasan, saya amat mengambil berat tentang hal ini kerana hal tersebut melibatkan kesihatan seseorang. Selain itu, masyarakat secara umumnya amat terpengaruh dengan kandungan media sosial termasuklah pempengaruh kecergasan.

Contohnya, dalam kajian yang berjudul The Impact of Fitness Influencers on a Social Media Platform on Exercise Intention during the COVID-19 Pandemic: The Role of Parasocial Relationships telah menjelaskan hubungan antara masyarakat dengan pempengaruh media sosial adalah positif.

Maksudnya, pempengaruh media sosial kecergasan ini menyumbang untuk meningkatkan semangat untuk bersukan dalam kalangan masyarakat. Jadi, pengaruh mereka ini tidak wajar dipandang enteng.

Maka, saya menulis artikel ini untuk menunjukkan kepada anda pempengaruh-pempengaruh kecergasan yang telah menipu masyarakat lalu disisihkan. Ini agar menjadi pengajaran untuk kita semua supaya lebih rasional dalam menilai kandungan-kandungan media sosial, khususnya yang berkaitan dengan kecergasan.

Kursus Kecergasan 2024

Vince Sant

Antara perkara yang membuatkan dia dikritik hebat ialah:

  • Senaman-senaman yang simplistik seperti latihan perut tertentu boleh mendapatkan perut rata dalam masa 30 hari
  • Mendakwa secara berlebihan tentang makanan tambahan
  • Teknik senaman yang salah
  • Menawarkan perancangan senaman yang khusus, tetapi perancangan tersebut bersifat umum semata-mata, semua orang boleh mengamalkannya, tiada pun yang dikatakan “khusus” atau personalised itu
  • Dakwaan tentang nutrisi yang bertentangan dengan kajian saintifik
  • Menipu untuk tujuan promosi, contohnya menggunakan gambar yang dicipta sendiri untuk menampakkan sesuatu yang tidak ada seperti badan jadi kurus dan sebagainya

Sekiranya kita membudayakan amalan membaca, kita tidak akan terpengaruh dengan kandungan-kandungan yang tidak berasas seperti ini.

Contohnya, menawarkan program latihan yang mendatangkan hasil yang cepat. Ini adalah dakwaan yang simplistik. Dakwaan seperti ini boleh menjadi kenyataan, tetapi dalam bentuk yang sangat menyeksakan.

Saya beri lagi contoh. Bolehkah anda menurunkan berat badan sebanyak 10kg dalam masa seminggu? Hakikatnya, boleh. Tetapi, tidak sihat. Itu sangat membahayakan kesihatan anda. Ini dilakukan oleh atlet-atlet MMA untuk mengekalkan berat badan supaya kekal dalam kategori yang mereka ingini.

Namun, sekali lagi ditegaskan, ini adalah sangat tidak sihat. Sekiranya anda dehidrasi, itu akan membahayakan kesihatan anda dan sia-sia sahaja apa yang anda lakukan.

Ilmu yang benar

Pastikan anda mengamalkan ilmu yang benar. Ilmu yang telah dibuktikan dengan kajian saintifik. Sekiranya ada orang yang melakukan jenis senaman yang pelik, anda haruslah persoalkan dahulu sehingga anda yakin dengan bukti-bukti ilmiahnya.

Baca artikel berikut untuk ketahui sama ada minyak jambang itu benar atau tipu: Adakah minyak jambang itu berkesan atau scam? 

Sadiq Salihoddin

Saya mempunyai pengalaman yang luas dalam dunia penulisan. Saya telah mengarang empat naskhah buku. Sekarang, saya sedang melanjutkan pengajian di peringkat sarjana di Universiti Malaya dalam bidang manuskrip Melayu. Kini, saya juga merupakan atlet amatur gusti lengan kategori paling berat (105kg+).

Facebook 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Share This
error: