Corak Pemakanan 2

1 kajian dijalankan dan dipamerkan di bawah tajuk Cell Metabolism menggunakan 2 kumpulan tikus. Satu kumpulan diberi makan sebanyak yang ia mahu sepanjang hari dan satu lagi kumpulan diberi jumlah yang sama tetapi pada waktu malam sahaja. Tikus berbeza masa aktifnya berbanding manusia yang mana  bebanyakan aktif pada waktu siang. Kumpulan mana yang tambah berat?

Kursus Kecergasan 2024Kajian menunjukkan kumpulan yang makan sepanjang hari berakhir dengan irama circadian yang lemah dan menjadi gemuk walaupun mereka makan jumlah kalori yang sama dengan satu kumpulan lagi yang hanya makan untuk satu jangka masa dan berpuasa untuk satu jangka masa. Bukan itu sahaja, mereka juga mengalami kesan buruk lain seperti intoleransi glukosa, masalah koordinasi motor dan sebagainya.

Badan kita direka untuk berpuasa semalaman. Otak kita perlu berehat di waktu malam. Perut dan sistem penghadaman badan perlu berehat dari memproses makanan. Jika ia berterusan bekerja, organ-organ kita akan berada dalam keadaan keletihan metabolik.

Cuba bandingkan dengan kehidupan dan budaya kita sekarang. seseorang yang balik berehat di rumah dengan seorang yang melepak di kedai mamak tonton bola sehingga lewat malam. Kecenderungan untuk menambah kalori itu sentiasa ada ketika lepak di kedai mamak. Lebih baik kalori tambahan itu dimasukkan di waktu siang dan beri badan rehat di malam hari, atau bergantung pada syif kerja anda.

Kajian
http://www.ncbi.nlm.nih.gov/pubmed/22608008

Entri lain berkenaan Corak Pemakanan
Corak Pemakanan

Zaki Khan adalah seorang terapi senaman yang diperakui. Pernah berkhidmat sebagai jurulatih kepada jurulatih untuk Majlis Kecergasan Kebangsaan di bawah kelolaan Dato Azalina Othman. Berpengalaman lebih dari 23 tahun dalam bidang kecergasan.

Sebagai seorang terapi senaman, Zaki Khan terlibat bukan sahaja sebagai seorang jurulatih kecergasan tetapi juga dalam rehabilitasi, berhadapan dan membetulkan masalah-masalah ketidakseimbangan otot, menguatkan kembali otot-otot yang lemah supaya seseorang itu dapat menjalankan fungsi asas badan. Zaki Khan juga banyak terlibat dalam kempen-kempen mempromosikan kesihatan samada sebagai seorang penceramah, penganjur atau jemputan.

Zaki Khan merupakan bekas atlet Strongman Malaysia. 2 kali bertanding di peringkat dunia, 2 kali peringkat Asia. Pernah dapat tempat ke 3 Arnold Classic.

Facebook Twitter YouTube 

25 thoughts on “Corak Pemakanan 2

  1. sebab tu tuhan cipta siang dan malam. Siang utk bekerja dan mencari rezeki, malam untuk berehat. Bangun awal pagi utk bertahajud,,hehehehe

    1. Saya workout di waktu malam. Kalau tak makan selepas workout macam mana pulak?

      1. makan malam tu. kajian ni lebih pada mereka dgn jadual x menentu.

  2. Salam dato’
    Ada otai yg seangkatan dgn sazali samad ni bgtau kalo lepas workout mlm pastu blk mkn nasi.
    dia kata apa yg kita workout/cardio utk bakar lemak ni jd sia2. serupa mcm tk bakar lemak kalo mkn mlm.
    bole dato’ explain ke?
    pening dibuatnya. kalo tk mkn lapar pulak..

    1. 1. saya pun workout malam gak…. lepas workout saya makan epal / pisang (sebiji), selang 30 minit makan whole bread 3 keping and last minum protein whey. betul tak cara ni (utk bakar lemak n bina otot).

      2. ada member kata leh minum protein whey pada tgh malam (bila terjaga dari tidur contoh dlm pkl 1-4 pagi) utk tak kasi katabolis… betul ke n boleh ikut ke?

      1. 1. ok

        2. x perlu pun xpe. mcm kata dlm research di atas. bg badan rehat.

    2. not really. tgk balik berapa byk yg dimakan ari tu. kalori masuk dikira. kalau over mmg x patut la

    3. Saya pulak ambik calori paling banyak lepas workout… berat badan makin menurun je dan muscle makin besar… saya try cara exercise yg fokus kepada ‘afterburn’ iaitu calori dibakar up to 48 jam selepas workout; contohnya HIIT utk cardio

  3. dato boleh bagi penjelasan lebih terperinci tentang turutan makanan siang dan malam dan juga makanan tambahan yg betul untuk membentuk tubuh badan?

  4. Salam, dato sy ada pertanyaan yg agak pnjg kot… ada x emel yg blh sy ajukan persoalan sy??

  5. Assalammualaikum dato,
    Persoalan saya agak off topic ni,mungkin dato boleh buatkan tentang isu ni nanti.Saya nak tanya knapa kalau tengah2 kita joging slalu trasa nak terkencing,klau jln kaki ok plak,mungkin dato tau sebab2nya.Klau boleh nak tau jugak mcm mna nak mencegahnya dri berlaku atau ada supplement yg boleh membantu.Trima kasih….

    1. ada beberapa possibility. antaranya

      1. minum terlalu byk
      2. pressure dkt pundi kencing.

      tgk kaler air kencing. kalau cair, possibility no 1, kalau pekat, possibility no 2.

      xde cara khusus utk betulkan. lebih pada minda. kena try blaja control. mind over matter

  6. Salam dato’

    saya inginkan kepastian ttg pil anabolics utk membesarkan badan.
    pink, star, love dikategorikan sbg steroid.
    bagaiman pula yg dijual dikedai spt di GNC.
    adakah ia boleh diambil atau tidak dato’
    tq

    1. yg dijual di GNC supplement. tp kalau dijual bwh table, tu mungkin steroid.

  7. as salam dato,
    dato dah pernah cerita pasal flaxseed oil ke?

  8. dato cerita la mcm minyak zaiton,
    mm brapa kali kena mkn,skali mkn brapa biji..dan masa bile kene mkn..
    tq dto..

  9. Bros..buat enteri flexseed mcm enteri minyak zaiton masksud bros 2 tadi…aku pun nak tau gak..minyak zaiton dah try…flexseed oil pun nak try hehehe…

  10. Kiranya makan malam ni tak menggemukkan la? Kenapa ada ramai yg kata sebelum tido paling baik utk minum protein terutamanya utk mereka yg nak buat sizing badan?

    1. sebab, fasting sekitar 8 jam disebabkan tidor. bdn perlukan protein utk sustain nitrogen dan utk recovery. bdn membesar masa tido.

Leave a Reply to Zaki Khan Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Share This
error: