Deadlift Grip

Double Supinated Grip

Hari ini saya nak bercerita tentang deadlift. Ada beberapa kaedah pegangan tangan ketika deadlift. Apa fungsi-fungsi variasi pegangan ini? Jom kita lihat~

Double Overhand Grip

Ini adalah pegangan yang paling biasa kita lihat. Boleh kata pergerakan semulajadi jika seseorang disuruh mengangkat barbell daripada lantai. Pegangan jenis ini lebih menggunakan extensor carpi iaitu otot-otot di bahagian forearm. Otot otot tetap sama untuk kesemua cara pengangan. Deadlift menyasarkan otot erector spinae atau lower back sebagai otot utama, kecuali variasi deadlift lain seperti stiff leg deadlift yang menambah otot hamstring sebagai otot utama. Stiff leg deadlift adalah deadlift dimana kaki diluruskan.

Overhand Grip
Double Overhand Grip

Mixed Grip

Mixed grip atau juga dikenali sebagai alternate grip adalah pegangan bersilang dimana sebelah tangan menghadap ke hadapan dan sebelah ke belakang. Kebaikan jenis ini adalah ia agak stabil dan selamat. Apabila ada 2 daya bertentangan, bar tidak bergerak. Jadi teknik pegangan ini direka untuk keselamatan. Mixed grip dikatakan solusi untuk mereka yang ada masalah grip akan tetapi ia tidak membantu menguatkan pegangan. Double hand grip adalah pegangan terbaik untuk latih grip.

Masalah kedua menggunakan mixed grip adalah, kebanyakan orang selesa dengan satu pusingan saja dan tidak menukar kiri dan kanan. Bermaksud, jika dah biasa tangan kanan menghadap hadapan, tangan kini menghadap belakang, seseorang itu lebih cenderung menggunakan pegangan yang sama dan tidak menukarnya. Mixed grip sesuai digunakan jika seseorang ada masalah grip jika tidak menggunakan power strap.

Mixed Grip
Mixed Grip

Double Supinated Grip

Pengangan ini adalah pegangan tangan kedua-dua menghadap ke hadapan. Jika dibandingkan dengan double hand grip, grip ini lebih menggunakan otot biceps dan cenderung mencederakan otot biceps jika terlalu berat. Otot biceps jauh lebih lemah dan tidak mampu menampung beban yang tinggi. Akan tetapi pengangan jenis ini lebih menepati untuk beberapa sukan termasuk sukan strongman dalam rutin tire flip. Rutin tersebut memerlukan tangan ke hadapan untuk melakukan flip.

Double Supinated Grip
Double Supinated Grip

Hook Grip

Pengangan ini meletakkan ibu jari ke dalam genggaman. Grip jenis ini biasa dipakai oleh atlet angkat berat. Grip ini dikata adalah pegangan yang kuat. Tapi jika tak biasa, akan menyebabkan ibu jari kebas dan rasa senang terbuka. Hook grip lebih kuat daripada double overhand grip dan lebih selamat daripada mixed grip. Boleh cuba buat dan biasakan.

Ada beberapa lagi pegangan yang pelik. Empat ini yang paling biasa kita tengok dalam gym.

Hook Grip
Hook Grip

Kursus Kecergasan 2021

Bagaimana nak memperbaik kekuatan grip?

• Jangan guna kapur ketika mengangkat.
• Buat pegangan statik atau tidak bergerak ketika mengangkat barbell atau dumbbell selama yang boleh.
• Buat deadlift barbell menggunakan sebelah tangan. Nampak kelakar akan tetapi ia merupakan salah sartu cara meningkatkan kekuatan grip.
• Guna fat bar atau fat gripz. Axle bar pun pilihan yang menarik. Lihat entri Fat Gripz.

Berapa max deadlift anda? 🙂

Deadlift-hardcore

 

 

 

Zaki Khan adalah seorang terapi senaman yang diperakui. Pernah berkhidmat sebagai jurulatih kepada jurulatih untuk Majlis Kecergasan Kebangsaan di bawah kelolaan Dato Azalina Othman. Berpengalaman lebih dari 23 tahun dalam bidang kecergasan.

Sebagai seorang terapi senaman, Zaki Khan terlibat bukan sahaja sebagai seorang jurulatih kecergasan tetapi juga dalam rehabilitasi, berhadapan dan membetulkan masalah-masalah ketidakseimbangan otot, menguatkan kembali otot-otot yang lemah supaya seseorang itu dapat menjalankan fungsi asas badan. Zaki Khan juga banyak terlibat dalam kempen-kempen mempromosikan kesihatan samada sebagai seorang penceramah, penganjur atau jemputan.

Zaki Khan merupakan bekas atlet Strongman Malaysia. 2 kali bertanding di peringkat dunia, 2 kali peringkat Asia. Pernah dapat tempat ke 3 Arnold Classic.

Facebook Twitter YouTube 

1 thought on “Deadlift Grip

  1. Kalau pakai fatgripz memang terbaik. Tp kena ringankan sikit beban, lengan pun dah mcm lengan popeye

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Share This
error: