Faktor-faktor Penurunan Stamina Pada Tubuh Manusia

Tahukah anda bahawa stamina yang tinggi bermakna anda mempunyai keupayaan yang tinggi untuk mengekalkan usaha dalam menjalankan aktiviti harian atau senaman untuk jangka waktu yang lebih lama. Stamina yang tinggi juga menjadikan aktiviti olahraga seperti berlari, atau melakukan latihan beban bertahan lebih lama. Jom baca artikel kali ini yang membahas faktor-faktor yang menbebabkan penurunan stamina kita.

 

Oleh kerana stamina adalah sebahagian besar daripada cadangan badan minda kita, kekurangan atau stamina yang rendah bolah disebabkan oleh beberapa faktor. Faktor-faktor yang boleh menyebabkan penurunan tahap stamina adalah masalah pernafasan yang melibatkan paru-paru seperti kondidi penyakit asthma atau chronic obstructive pulmonary disease (COPD) , masalah jantung , alahan, kekurangan tidur atau penyakit tidak berjangkit sepert kencing manis. (1)

 

Penyakit jantung merujuk kepada empat keadaan berbeza yaitu penyakit arteri koronari, kegagalan jantung, penyakit serebrovaskular mengakibatkan strok dan serangan iskemia sementara yang mungkin merupakan tanda amaran untuk strok. Bukan itu sahaja, malahan penyakit arteri periferal menjejaskan anggota badan, mengakibatkan kekejangan aterosklerosis aorta, yang mencetuskan aneurisme pada batang tubuh dan perut.(2)

 

Gejala-gejala penyakit jantung termasuk sakit dada, kelemahan pada anggota badan dan lengan serta sesak nafas. Tambahan, wanita lebih berkemungkinan mengalami keletihan sebagai simptom penyakit jantung. Orang yang mempunyai penyakit jantung kronik juga lebih cenderung mengalami keletihan.(2)
Kursus Kecergasan 2024

Bukan itu sahaja, malahan sakit sendi atau rheumatoid arthritis (RA) juga dilaporkan sebagai penyebab stamina yang rendah. RA menyebabkan orang mengalami bengkak dan sakit sendi serta kekakuan sendi. Faktor persekitaran, seperti merokok, juga boleh menyebabkan penurunan stamina. (3)

 

Alahan juga bolah menyebabkan penurunan mendadak stamina. Alahan berpunca daripada sistem imun badan yang bertindak balas berlebihan terhadap alergen, seperti debunga, haiwan peliharaan dan makanan. Beberapa individu yang alahan dengan allergen akan menhasilkan histamin kimia untuk melawan allergen tersebut. Ini menyebabkan gejala tindak balas alahan, yang termasuk keletihan atau penurunan stamina secara tiba-tiba.(4)

 

Pola pemakanan yang tidak sihat juga boleh menyebabkan penurunan stamina. Pola pemakanan yang sihat and seimbang boleh meningkatkan proses metabolisme badan dan mengawal fungsi organ. Di samping itu, pemakanan sihat juga menyumbang kepada pemulihan stamina fizikal selepas bersenam. (5)

 

Para pembaca sekalian harus berjumpa doktor jika anda fikir keletihan anda berpunca adalah gejala keadaan atau penyakit tertentu. Anda juga harus mendapatkan rawatan atau konsultasi dengan profesional perubatan atau dokter jika penurunan stamina menghalang anda daripada mengambil bahagian dalam aktiviti harian biasa, atau memberi kesan negatif kepada kehidupan anda.

 

1. Kamarudzaman MF, Ku Azir KNF, Ibrahim SZ, Ujir H, editors. Performance and stamina wearable devices and monitoring system for football players. AIP Conference Proceedings; 2023: AIP Publishing.
2. Chandola T, Britton A, Brunner E, Hemingway H, Malik M, Kumari M, et al. Work stress and coronary heart disease: what are the mechanisms? European heart journal. 2008;29(5):640-8.
3. Lewis A. Diet and Stamina. British Medical Journal. 1952;2(4781):445.
4. Iliadi V, Shirobokova S, Soloviev A, Konstantinidis T. Study of Cells Blebbing in Patients with Allergy Disorders. J Allerg Res. 2019;1:43-7.
5. Yu Y, Yu Z, Chen X. EFFECT OF DIETARY NUTRITION INTERVENTION ON THE PHYSICAL STAMINA OF FEMALE WRESTLING ATHLETES. Carpathian Journal of Food Science & Technology. 2016;8(3).

Dr. Vishnu Raj .S

Vishnu Raj

Saya adalah Dokter perubatan ( MD, Hasanuddin University), pemegang ijazah sarjana Masters in Public Health (MPH, University of Malaya) dan jurulatih peribadi bertauliah (CPT NASC) yang berminat dalam sukan bina badan dan pemakanan sihat. Objektif utama saya adalah memerangi ” Fad Diet ” dan ” Bro Science ” dengan mengongsi artikel yang disokong oleh fakta dan bukti saintifik.

Facebook 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Share This
error: