Suplemen Taurine Dalam Sukan dan Binabadan

Taurine telah menjadi makanan tambahan yang popular di kalangan atlet yang cuba meningkatkan prestasi mereka. Walaupun keberkesanan taurin sebagai bantuan ergogenik masih menjadi kontroversi, artikel kali ini membahas kajian terkini mengenai keberkesanan taurin dalam prestasi aerobik dan anaerobik, tekanan metabolik, sakit otot dan pemulihan.(1) 

Taurin ialah asid amino yang mengandungi sulfur yang boleh diperoleh daripada metabolisme sistein dan menyumbang 50–60% daripada kumpulan asid amino bebas. Taurin terdapat di dalam otot rangka. Sumber taurin diet yang kaya datang daripada pengambilan protein haiwan.(1, 2)

 

Bukan itu sahaja, malahan taurin memainkan peranan yang bermanfaat dalam pelbagai proses metabolik dan fisiologi, seperti pengawalan glukosa dan lipid, metabolisme tenaga, modulasi anti-radang, dan antioksidan. Sehubungan itu, taurin juga telah digunakan sebagai bantuan ergogenik yang berpotensi untuk meningkatkan prestasi sukan. Walau bagaimanapun, dos taurin berkisar antara 500?mg/d hingga 10?g/d dalam ujian manusia yang diterbitkan.(3)

 

Selepas kita mengambil taurine, kepekatan plasma taurin meningkat dalam waktu ~10?min dan secara amnya memuncak (0.03 hingga 0.06 mmoL) seitar 1?jam selepas pengambilannya. Malahan, beberapa faktor seperti masa pengambilan taurine dan protokol senaman memainkan peranan yang penting dalam keberkesanan taurin terhadap prestasi sukan kita. Berikutan fasa penyerapan ini, paras taurin kembali ke garis dasar dalam masa 6.5?jam. (4)

 

Pada manusia, satu perempat daripada asid hempedu dikonjugasikan dengan taurin sebelum diserap. Sebahagian daripada taurin ditukar kepada isetionat oleh enzim bakteria atau tisu yang kemudiannya ditukar kepada CO2, air, ammonia, atau urea. Walau bagaimanapun, sebahagian besar penyerapan taurin berlaku dalam saluran gastrousus dalam masa 1 hingga 2.5?jam selepas pengambilannya.(4)

 

Menariknya, bioavailability taurine bertambah baik pada perut kosong. Plasma taurin telah ditunjukkan untuk kembali ke kepekatan asas 6-8?jam selepas pengambilannya . Kepekatan taurin dikawal oleh buah pinggang melalui perkumuhan air kencing; Perkumuhan taurine dalam air kencing boleh berkisar antara 65 hingga 250?mg setiap hari. (4)

 

Tahukan anda, taurin juga memodulasi metabolisme lemak. Suplemen taurin boleh meningkatkan lipolisis dan mengurangkan sumbangan daripada metabolisme glikolitik, dengan itu mengubah penggunaan bahan api dan kecekapan metabolik senaman. Ini dicapai, sebahagiannya, kerana taurine mendorong faktor pertumbuhan fibroblast (FGF21, FGF19) dan kepekatan ?-klotho. Faktor pertumbuhan fibroblast (FGFs) dihasilkan dalam tisu otot adiposa dan rangka serta memainkan peranan dalam keseimbangan tenaga badan. (5)

 

Faktor pertumbuhan fibroblast (FGFs) ini bertindak sebagai hormon yang mengurangkan glukosa darah, insulin, trigliserida, jisim lemak, metabolisme karbohidrat, dan juga boleh mengurangkan berat badan. Tahap terjejas faktor pertumbuhan ini boleh memainkan peranan dalam obesiti dan penyakit kardiovaskular. (5)

 

Oleh kerana keupayaan taurin untuk memodulasi metabolisme lipid dengan merangsang gen dan protein yang bertanggungjawab untuk biogenesis mitokondria dan fungsi pernafasan, taurin dikaitkan dengan peningkatan dalam metabolisme aerobik.(5)

 

Kajian yang dilakukan oleh Ribeiro et al melaporkan yang pemberian taurin terlibat dalam metabolisme glukosa namun mekanismenya tidak diketahui. Suplemen taurin (2% dalam air minuman) untuk 30 hari meningkatkan toleransi glukosa dan sensitiviti insulin pada tikus dalam kajian ini.(6)

Kursus Kecergasan 2024

 

Ribeiro et al juga melaporkan yang tikus yang diberi taurine merembeskan lebih banyak insulin sebagai tindak balas terhadap glukosa. Mekanisme yang terlibat dalam pelepasan insulin yang lebih tinggi mengakibatkan peningkatan sensitiviti sel B kepada laluan adenosin 3,5-monophosphate (cAMP)/ protein kinase A (PKA) yang memainkan peranan dalam rembesan insulin dan mobilisasi kalsium. Protein Kinase A juga menyumbang kepada laluan pertama dalam pelepasan insulin yang mengekalkan peraturan glukosa, metabolisme karbohidrat, dan menyokong sintesis semula glikogen.(6)

 

Taurin memainkan peranan dalam meningkatkan sensitiviti insulin dan metabolisme karbohidrat pada tikus, namun tiada kajian mengenai peranannya dalam metabolisme glukosa manusia dalam sukan dan senaman. Kesan taurin ditunjukkan terutamanya melalui kajian haiwan dan in vitro. Setakat ini, tiada bukti bahawa suplemen taurin meningkatkan penyesuaian metabolisme glukosa dalam atlet atau manusia. (6)

 

Para pembaca sekalian, kita hanya memerlukan jumlah taurin yang agak kecil. Badan kita menghasilkannya, ditambah pula ia ditemui secara semula jadi dalam makanan kaya protein termasuk daging, makanan laut, telur dan tenusu. (1)

 

Jika anda ingin menambah taurine dalam pengambilan pemakanan anda, adalah  disarankan untuk mengambilnya dalam bentuk kapsul yang mudah dimakan dan makan semasa perut kosong untuk meningkatkan bioavailabilitinya. Anda juga disarankan untul mengambil sehingga 3g taurin setiap hari yang dianggap selamat untuk kebanyakan orang, tetapi jika anda menggunakan sebarang ubat atau menderita daripada penyakit tertentu anda digalakkan untuk berkonsultasi dengan doktor anda sebelum mengambil taurine.

 

 

  1. Kurtz JA, VanDusseldorp TA, Doyle JA, Otis JS. Taurine in sports and exercise. Journal of the International Society of Sports Nutrition. 2021;18(1):39.
  2. Brosnan JT, Brosnan ME. The sulfur-containing amino acids: an overview. The Journal of nutrition. 2006;136(6):1636S-40S.
  3. Carvalho MBd, Brandao CFC, Fassini PG, Bianco TM, Batitucci G, Galan BSM, et al. Taurine supplementation increases post-exercise lipid oxidation at moderate intensity in fasted healthy males. Nutrients. 2020;12(5):1540.
  4. Ghandforoush-Sattari M, Mashayekhi S, Krishna CV, Thompson JP, Routledge PA. Pharmacokinetics of oral taurine in healthy volunteers. Journal of amino acids. 2010;2010(1):346237.
  5. Haidari F, Asadi M, Mohammadi-Asl J, Ahmadi-Angali K. Evaluation of the effect of oral taurine supplementation on fasting levels of fibroblast growth factors, ?-Klotho co-receptor, some biochemical indices and body composition in obese women on a weight-loss diet: a study protocol for a double-blind, randomized controlled trial. Trials. 2019;20:1-6.
  6. Ribeiro RA, Vanzela EC, Oliveira CA, Bonfleur ML, Boschero AC, Carneiro EM. Taurine supplementation: involvement of cholinergic/phospholipase C and protein kinase A pathways in potentiation of insulin secretion and Ca2+ handling in mouse pancreatic islets. British journal of nutrition. 2010;104(8):1148-55.

 

Dr. Vishnu Raj .S

Vishnu Raj

Saya adalah Dokter perubatan ( MD, Hasanuddin University), pemegang ijazah sarjana Masters in Public Health (MPH, University of Malaya) dan jurulatih peribadi bertauliah (CPT NASC) yang berminat dalam sukan bina badan dan pemakanan sihat. Objektif utama saya adalah memerangi ” Fad Diet ” dan ” Bro Science ” dengan mengongsi artikel yang disokong oleh fakta dan bukti saintifik.

Facebook 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Share This
error: