Formula 3500 Kalori Tak Digunakan Lagi

Adakah kiraan kalori itu tepat?
Pada mulanya, kita mengikut kajian lama tahun 70-an. Dia kata kita guna atau bakar 95 peratus kalori daripada makanan. Kalori makanan diukur oleh kalorimeter bom.
Kemudian ada pengkaji daripada Belanda buat kajian tambahan dan membukti nombor itu salah. Kita serap kurang daripada 95 peratus makanan yang kita makan. Mereka merekruit 25 peserta, kesemua pekerja dalam bidang kesihatan yang berkemahiran mengambil data untuk merekod apa mereka makan dan buang.
Tahi mereka ditimbang di analisis berapa banyak tenaga yang diserap daripada makanan yang mereka makan termasuk pecahan makronutrisinya. Apa hasilnya?
Jumlah kalori yang diserap daripada makanan: 89.4%
Jumlah kalori daripada lemak: 92.5%
Jumlah kalori daripada protein: 86.9%
Jumlah kalori daripada karbohidrat: 87.3%
Perempuan pula serap kurang kalori berbanding lelaki, iaitu 88% berbanding lelaki 91.8%. Perempuan juga menunjukkan petanda kurang penyerapan daripada lemak dan karbohidrat berbanding lelaki cuma tiada data yang signifikan. Walau bagaimana pun, ia data 1 kumpulan saja, iaitu Belanda. Belum ada data 1 dunia lagi.
Dikatakan ada perbezaan panjang usus jika dibandingkan bangsa. Cuba tiada data yang konklusif lagi. Kajian lama menggunakan data daripada 26 orang yang mana terlalu kecil untuk buat kesimpulan. Kajian ini menunjukkan perbezaan panjang usus antara bangsa Jepun dan barat. Jadi, mungkin ada perbezaan antara bangsa-bangsa lain juga, berdasarkan meta analisis pada tahun 2002. Ia mempengaruhi kadar penyerapan. Mereka yang ada usus lebih panjang serap lebih banyak nutrisi.
Pada tahun 1958, Max Wishnofsky tunjuk, bakar 1 pound lemak perlukan 3500 kalori, menggunakan kalorimeter bom. Kiraan kalorimeter bom tak sama sebagaimana badan bekerja. Ada seorang pakar matematik, Kevin Hall PhD tunjuk, untuk bakar 1 pound lemak sebenarnya kalori diperlukan hampir 7000 kalori. Cadangan 3500 kalori lupa ambil kira keupayaan badan untuk mengadaptasi dan faktor-faktor lain seperti pengurangan penyerapan kalori. Ya, formula 3500 untuk 1 pound lemak tidak lagi diguna pakai.
Banyak lagi kalau nak cerita tentang kecacatan dalam teori kiraan kalori. Contoh lain, ada makanan dikategorikan sebagai sukar untuk dihadam, akhirnya kita ambil sedikit jika dibandingkan pada label.
Rujukan
1. https://pubmed.ncbi.nlm.nih.gov/5452702/
2. https://pubmed.ncbi.nlm.nih.gov/23647171/
3. https://pubmed.ncbi.nlm.nih.gov/12497219/
4. https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC3302369/
5. Denise Webb, “Farewell to the 3500-Calorie Rule,” Today’s Dietitian