Nak Kurus Makan Protein

Jika anda terbuka selera makan protein saja seperti ayam, daging, ikan, susu, anda sebenarnya lapar. Tapi kalau protein tak menyelerakan anda, anda bosan dan ingin mengunyah saja. Anda lapar apa? kek? mee segera? nasi? Betul ke anda lapar atau anda bosan?

Hari ini saya nak cerita tentang protein. Ada beberapa kajian makan protein berlebihan. 1 kajian ini, subjek dibahagikan ke 2 kumpulan perempuan yang buat latihan bebanan. 1 kumpulan makan protein sekitar 1.1 gram protein untuk 1 kilogram berat badan mereka dan mereka defisitkan kalori sebanyak 300 kalori sehari. Kumpulan kedua ambil 2.8 gram protein untuk setiap kilogram berat badan dan makan 250 kalori tambahan atau surplus. Kajian dibuat selama 8 minggu.

Kumpulan tinggi protein turun 2 peratus lemak badan manakala kumpulan rendah protein turun hanya 1 peratus lemak badan. Anda lebih rela makan rendah protein, rendah kalori atau tinggi protein tinggi kalori? Makan banyak turun banyak. Jika anda surplus kalori daripada sumber protein dalam jumlah yang tidak terlalu tinggi, anda masih boleh turunkan lemak badan.

Ada 1 lagi kajian. Subjek diberi tambahan 1000 kalori selama 8 minggu. Peserta tidak obes, cuma lebih sedikit berat badan. Mereka di bahagi kepada 2 kumpulan. Kumpulan pertama ambil 47 gram protein sehari dan kumpulan kedua ambil 228 gram protein sehari. Hasilnya, kedua-dua kumpulan naik berat badan. Kumpulan rendah protein naik berat badan dengan lemak, manakala kumpulan tinggi protein lebih separuh berat kenaikan adalah otot.

Kursus Kecergasan 2021

Kesimpulannya, jika anda suka makan, makan lah protein. Jangan makan benda merapu. Jangan makan karbohidrat dan sebagainya. Tengok wayang kunyah ayam, bukan popcorn.

Kajian
1. https://pubmed.ncbi.nlm.nih.gov/29405780/
2. https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC3777747/

 

Zaki Khan adalah seorang terapi senaman yang diperakui. Pernah berkhidmat sebagai jurulatih kepada jurulatih untuk Majlis Kecergasan Kebangsaan di bawah kelolaan Dato Azalina Othman. Berpengalaman lebih dari 22 tahun dalam bidang kecergasan.

Sebagai seorang terapi senaman, Zaki Khan terlibat bukan sahaja sebagai seorang jurulatih kecergasan tetapi juga dalam rehabilitasi, berhadapan dan membetulkan masalah-masalah ketidakseimbangan otot, menguatkan kembali otot-otot yang lemah supaya seseorang itu dapat menjalankan fungsi asas badan. Zaki Khan juga banyak terlibat dalam kempen-kempen mempromosikan kesihatan samada sebagai seorang penceramah, penganjur atau jemputan.

Facebook Twitter YouTube 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Share This
error: