Bayam Bagus untuk Mereka yang Angkat Berat!

Untuk membina otot yang cantik dan kuat, wajib makan bayam!

Dalam banyak-banyak sayur, bayam merupakan antara sayur yang sangat bermanfaat untuk mereka yang melakukan latihan beban di gim. Bayam sangat kaya dengan kalsium, magnesium dan zat besi. Ramai orang memanggil bayam sebagai makanan super! Bagi mereka yang angkat berat, wajib jadikan bayam sebagai makanan utama dalam diet. Tidak memakan bayam merupakan satu kerugian besar!

Berikut merupakan manfaat-manfaat memakan bayam:

  • Menjadi lebih bertenaga.

Bayam kaya dengan magnesium dan potasium. Apabila kedua-dua nutrien ini bergabung maka lahirlah tenaga yang banyak dan ia juga mengawal fungsi saraf dan otot. Bayam juga boleh bertindak sebagai sumber folat, iaitu nutrien yang membantu badan kita untuk menjadikan makanan dalam badan kepada tenaga yang boleh digunakan.

  • Turunkan berat badan.

Bayam merupakan sayur yang rendah kalorinya. Sekiranya kita makan banyak bayam sekalipun, kalori yang masuk ke dalam badan kita adalah dalam kuantiti yang rendah. Selain itu, makan bayam boleh memberi kita rasa kenyang meskipun ia rendah kalori. Secara tidak langsung, kita boleh mengurangkan pengambilan kalori harian lalu menurunkan berat badan tanpa kita sedar.

  • Membina otot.

Bayam mempunyai sumber nitrat yang boleh membantu dalam pembinaan otot. Nitrat melancarkan peredaran darah dalam badan dan membantu otot ketika pengecutan (muscle contraction).  Dengan pengecutan yang lebih berkesan dengan bantuan nitrat, badan kita boleh melakukan senaman yang berintensiti tinggi dengan lebih lama. Nitrat juga mengembangkan serat dalam otot kita.

  • Menguatkan otot.

Jika tadi “membina otot” sekarang adalah menguatkannya pula. Bayam menguatkan otot kita melalui satu hormon yang dipanggil sebagai ekdisteron. Jisim otot kita juga akan bertambah. Dengan itu, kita boleh angkat beban dengan lebih berat. Janji, makan bayam dengan kerap!

  • Kurangkan keradangan pada otot.

Setiap orang yang angkat berat pasti mengalami keradangan (inflammation). Otot tidak boleh berfungsi dengan baik. Apabila kita mengerakkan otot tertentu, kita akan berasa sakit. Julat pergerakan otot tersebut juga akan terhad. Jadi, untuk mengurangkan keadaan begini, kita harus amalkan memakan bayam setiap hari. Terdapat satu nutrien yang dipanggil sebagai fitokimia dalam bayam berfungsi untuk mengurangkan keradangan pada otot.

  • Tulang lebih sihat dan kuat.

Dalan bayam terdapat sumber Vitamin K. Vitamin K membantu menghasilkan sejenis protein dalam badan yang dipanggil Osteocalcin. Osteocalcin ini pula bertindak untuk menstabilkan kalsium dalam tulang. Jadi, tulang akan lebih sihat dan kuat.

Ringkasan

Demikianlah manfaat memakan bayam setiap hari untuk mereka yang angkat berat di gim. Sebenarnya, terdapat lebih banyak manfaat umum memakan bayam seperti menyihatkan penglihatan, elak kanser, elak asma, kurangkan sembelit dan banyak lagi. Amalkan memakan bayam setiap hari. Dijamin prestasi di gim akan sentiasa meningkat!

 

Rujukan

  1. Spinach supplement may increase muscle strength. https://www.medicalnewstoday.com/articles/325661
  2. Top 10 Health Benefits of Spinach. https://www.healthfitnessrevolution.com/top-10-health-benefits-of-spinach/
  3. When You Eat Spinach Every Day, This Is What Happens To Your Body. https://www.thelist.com/201454/when-you-eat-spinach-every-day-this-is-what-happens-to-your-body/
  4. 10 reasons why you need to include spinach in your diet. https://tinyurl.com/2p99wbcm

Kursus Kecergasan 2021

Saya seorang penulis yang meminati sukan-sukan yang berorientasikan kekuatan (strength). Saya juga seorang atlet profesional gusti lengan yang bertapak di Kuala Lumpur. Saya menulis adalah untuk berkongsi pengetahuan. Saya berharap, perkongsian ilmu dengan cara begini secara tidak langsung dapat memperkembangkan literasi dalam bidang sains sukan umumnya. Selamat membaca!

Facebook 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Share This
error: