Hormon Bakar Lemak Nov07

Kongsi

Hormon Bakar Lemak

Gastic bypass ini adalah pembedahan popular untuk turunkan berat badan. Ia seolah-olah menunjukkan kebenaran di sebalik teori kalori masuk dan keluar. Idea awalnya adalah mengurangkan jumlah kemasukkan kalori yang kita boleh ambil dalam 1 masa. Jadi secara teknikalnya menunjukkan kejayaan kalori defesit.

Apa sebenarnya kisah di sebalik? Disebalik teori pengecilan perut, ada sesuatu yang baru difahami. Pembedahan gastric bypass juga mengurangkan selera dan mengidam. Terdapat sebahagian mereka sebelum pembedahan berdepan masalah diabetes atau rintangan insulin tapi berubah selepas itu. Diabetes hilang disebabkan tiada lagi rasa lapar yang konsistan.

Kajian menunjukkan sebenarnya pembedahan itu juga memanipulasi sifat enteroendocrine dalam sistem penghadaman. Di dalam menghadam makanan dan mengawal metabolisme, badan perlu beriteraksi dengan otak, pankreas dan organ-organ lain yang terlibat. Persoalan seperti adakah insulin diperlukan dalam jumlah banyak untuk menghadamkan sesuatu makanan?

Ada 2 hormon penting di sini iaitu glucose-dependent insulinotropic peptide (GIP) dan glucagon-like peptide (GLP). Ia dikenali sebagai incretin. Mereka bertindak untuk menuntup rasa lapar di otak dan merangsang perembesan insulin apabila mengesan kehadiran glukosa. GIP dibebaskan daripada sel deria K di dalam sistem penghadaman kita iaitu bahagian atas usus kecil. GLP dirembeskan daripada sel deria L di bahagian yang sama.

Dalam kes pembedahan gastric bypass, GIP dikurangkan manakala GLP meningkat. Ia disebabkan bahagian yang mengandungi GIP tinggi dibuang. GIP dan GLP beri kesan berbeza pada metabolism. Mereka berdua kawal selera kita dan melepaskan insulin apabila mengesan kehadiran glukosa.

Mereka yang obes dan ada diabetes kurang aktiviti pada GLP, dan GIP kurang. GLP beri kesan yang baik pada pesakit diabetes berbanding GIP. GLP mengurangkan glucagon yang mana seterusnya menyebabkan glukosa lebih banyak bebas. GLP juga bantu badan hasilkan lebih banyak sel pankreas dan memulihkan sistem insulin badan kita. GLP mengurangkan otot daripada dibakar. Ia juga perlahankan perut daripada mengeluarkan hormon lapar yang lain seperti ghrelin.

Menurunkan berat badan bukan semata-mata dengan mengira kalori. Anda tak perlu buat pembedahan gastric bypass untuk dapatkan kesan yang sama. Paras GLP dan GIP boleh dimanipulasi dengan makanan. Makanan tinggi serat, protein, probiotik dan sebagainya mengubah sensitiviti sel dan beri kesan penurunan selera makan, mengawal mengidam dan mengembalikan sensitiviti insulin.

Macam mana sebenarnya nak gunakan kelebihan GLP dan GIP ini?

1. Tingkatkan pengambilan protein, lemak dan serat, tapi limitkan gula atau kanji.
2. Jangan campur lemak dan gula dalam sesuatu menu. Kombinasi ini akan tingkatkan GIP.
3. Begitu juga pengambilan serat. Jangan ambil serat yang bercampur gula. Banyak minuman serat di luar sana yang terang-terang campur dengan gula untuk melariskan jualan.
4. Branched chain amino acid terutama leucine beri kesan pada GLP kita. Anda boleh tambahkan BCAA dalam diet anda untuk tingkatkan GLP.
5. Pilih karbohidrat yang sesuai seperti karbohidrat tinggi serat, sayur tanpa kanji, atau buah yang rendah gula.

Rujukan

1. Vendrell J1, et al. Study of the potential association of adipose tissue GLP-1 receptor with obesity and insulin resistance.
2. Bueter M1, le Roux CW. Gastrointestinal hormones, energy balance and bariatric surgery.
3. Tadross JA1, le Roux CW. The mechanisms of weight loss after bariatric surgery.

Kursus Kecergasan 2020

Zaki Khan

Zaki Khan adalah seorang terapi senaman yang diperakui. Pernah berkhidmat sebagai jurulatih kepada jurulatih untuk Majlis Kecergasan Kebangsaan di bawah kelolaan Dato Azalina Othman. Berpengalaman lebih dari 10 tahun dalam bidang kecergasan.

Sebagai seorang terapi senaman, Zaki Khan terlibat bukan sahaja sebagai seorang jurulatih kecergasan tetapi juga dalam rehabilitasi, berhadapan dan membetulkan masalah-masalah ketidakseimbangan otot, menguatkan kembali otot-otot yang lemah supaya seseorang itu dapat menjalankan fungsi asas badan. Zaki Khan juga banyak terlibat dalam kempen-kempen mempromosikan kesihatan samada sebagai seorang penceramah, penganjur atau jemputan.

Facebook Twitter YouTube