Jangan Abaikan Chest Fly untuk Dapatkan Dada yang Kuat
Selalu kita dengar yang orang akan cenderung mengutamakan senaman menolak atau menekan seperti bench press untuk membesarkan dan menguatkan otot dada. Apa-apa pun, mesti buat bench press atau dumbbell press. Namun, saya di sini ingin mencadangkan anda supaya jangan sesekali tertinggal daripada melakukan chest fly kerana senaman ini adalah amat penting dalam usaha untuk membesar dan menguatkan otot dada anda.
Dalam pada itu, saya kongsikan satu artikel yang saya pernah tulis tentang cara-cara Jay Cutler membina otot dada yang padu: Artikel tersebut.
Jenis-jenis Chest Fly
Secara umumnya, terdapat dua jenis chest fly, iaitu satu yang menggunakan dumbel dan satu lagi yang menggunakan mesin.
Seandainya anda masih kepada senaman ini, maka saya cadangkan supaya anda menggunakan mesin terlebih dahulu kerana mesin sudah mempunyai julat pergerakan yang tetap. Namun, apabila anda sudah pandai, anda bolehlah menggunakan dumbel pula untuk terus memberi cabaran kepada otot.
Dalam artikel di healthline, chest fly yang menggunakan dumbel boleh dilakukan atas bangku secara rata (flat) dan condong (incline). Kedua-dua posisi ini memberi penekanan pada otot, iaitu yang rata memberi kesan menyeluruh kepada otot dada, manakala yang condong pula memberi tekanan juga kepada otot dada atas dan bahu depan.
Kajian: Perbandingan antara Bench Press dan Chest Fly
Terdapat satu kajian yang dilakukan untuk menguji mana yang lebih menyeluruh, bench press atau chest fly? Kajian ini dilakukan menggunakan electromyogram terhadap otot dada, trisep dan bisep.
Secara jelasnya, bench press adalah lebih menyeluruh kerana chest fly tidak menyasarkan otot trisep langsung kerana pergerakannya yang tidak bersifat menolak.
Namun begitu, kelebihan yang ada pada chest fly adalah pada pengkhususannya. Chest fly menyasarkan otot dada dengan lebih menyeluruh.
Kesimpulan
Dari segi kekuatan, bench press adalah lebih unggul kerana sasaran otot yang lebih menyeluruh. Namun, kita tidak boleh mengabaikan kelebihan yang diberikan oleh chest fly kerana senaman ini merupakan senaman isolasi untuk otot dada.
Maka, ketika melakukan senaman ini, bolehlah kita merehatkan trisep kita untuk senaman-senaman trisep yang lain.


