Kawal Selera Makan
Ramai berdepan masalah mengawal selera makan? Ada sahaja makanan nak dikunyah. Sentiasa rasa lapar. Hari ini saya nak cerita, apa yang boleh dibuat secara semulajadi untuk mengawal selera makan.

1. Makan protein dan lemak sihat. Protein dan lemak lebih efektif untuk memberi rasa kenyang berbanding dengan karbohidrat. Anda boleh gantikan sebahagian porsi karbohidrat dengan protein.
2. Minum air sebelum makan. Ada kajian yang sokong, minum air sebelum makan memberi kesan penuh dan boleh mengawal porsi makanan.
3. Tambah serat dalam diet. Serat tidak dihadam sebagaimana makanan lain. Ia bertahan di badan lebih lama jadi menyebabkan proses penghadaman lebih perlahan dan rasa penuh yang lama. Kajian mencadangkan serat berkesan untuk kawal selera. Diet serat tinggi juga dikaitkan dengan kadar obesiti yang rendah.
4. Senaman sebelum makan. Lebih 20 kajian mencadangkan senaman intensiti tinggi sebelum makan. Mereka menjumpai paras ghrelin dalam badan lebih rendah, hormon yang menyebabkan kita rasa lapar.
5. Makan dalam jumlah yang banyak makanan rendah kalori. Makanan rendah kalori ini termasuk sayur, sesetengah kacang, whole grain dan sebagainya. Makan banyak akan hentikan perut daripada memanggil makanan.
Kajian
https://pubmed.ncbi.nlm.nih.gov/25893719/
https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC4121911/
https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC2128765/
https://www.sciencedirect.com/science/article/pii/S0924224414002386



