Ketagih Gula

Ketagih benda manis? Sehari tak makan atau minum benda masih boleh menggigil? Ada yang kata ketagih gula sama teruk dengan ketagih dadah, betul ke? Dalam 1 kajian terkawal dengan 29 lelaki, mereka minum air manis setiap hari dan dalam masa 3 minggu meningkatkan petanda keradangan darah. Dalam kajian lain juga menunjukkan, dengan mengurangkan minuman manis, mengurangkan kesan keradangan dan petanda penyakit kronik. Kesimpulan daripada banyak kajian menunjukkan, ‘berlebihan’ gula dikaitkan dengan risiko penyakit jantung, kanser, diabetik jenis 2 dan obesiti.

Pengambilan gula mengaktifkan sistem mesolimbic dopamine ataupun sistem hadiah kepada otak kita. Dopamine beri rasa kegembiraan dan akhirnya mencetuskan keinginan nak lagi untuk rasa kegembiraan tersebut. Ia akhirnya membentuk ketagihan tersebut.

1. Anda tak makan cukup atau makan benda salah. Bila kita tak cukup kalori, kita akan mula mencari lagi. Gula beri tenaga segera walaupun bukan kualiti tenaga yang kita perlukan. Jadi apa solusinya? Ambil pemanis tiruan? Tidak. Ia cuma beri kelegaan sementara dan menipu badan rasa puas tersebut. Dapatkan kalori daripada sumber yang puas dengan pengambilan protein, lemak yang baik dan serat.

2. Habit yang teruk. Anda yang dengan habit mengunyah gula getah. Ada yang makan coklat setiap hari pada masa tertentu. Ada yang mesti beli sesuatu dan kunyah pada masa tertentu seperti memandu. Periksa balik habit harian anda. Boleh gantikan dengan minuman seperti teh hijau kosong sementara untuk mengawal habit atau ketagihan.Kursus Kecergasan 2024

3. Anda makan terlalu banyak kanji dan tak cukup lemak atau protein. Kebiasaannya dalam menu harian terutama bila makan di kedai, terlalu banyak karbohidrat. Makan nasi goreng, proteinnya ayam sebenar ibu jari dan telur sebiji. Makan pasta, tanpa serat dan protein. Makan sereal, boleh kata 90 peratus gula. Bagaimana nak kawal porsi makro? Antara kaedah mudah digunakan di Malaysia adalah suku-suku separuh. Lengkapkan menu anda mengikut porsi. Jangan hanya karbohidrat saja.

4. Makanan terlalu tinggi garam. Bila makan di luar, makan makanan proses, makanan segera, makanan kita tinggi garam tanpa kita sedar walaupun ada masanya nampak macam sihat seperti ayam panggang tapi sos dan perapan tinggi garam. Lebih tinggi garam, lebih tinggi ketagihan terhadap gula. Kebiasaannya kita akan minum air manis sekali dengan hidangan. Pilih makanan sihat, anda akan kurang ketagih pada benda manis.

Zaki Khan adalah seorang terapi senaman yang diperakui. Pernah berkhidmat sebagai jurulatih kepada jurulatih untuk Majlis Kecergasan Kebangsaan di bawah kelolaan Dato Azalina Othman. Berpengalaman lebih dari 23 tahun dalam bidang kecergasan.

Sebagai seorang terapi senaman, Zaki Khan terlibat bukan sahaja sebagai seorang jurulatih kecergasan tetapi juga dalam rehabilitasi, berhadapan dan membetulkan masalah-masalah ketidakseimbangan otot, menguatkan kembali otot-otot yang lemah supaya seseorang itu dapat menjalankan fungsi asas badan. Zaki Khan juga banyak terlibat dalam kempen-kempen mempromosikan kesihatan samada sebagai seorang penceramah, penganjur atau jemputan.

Zaki Khan merupakan bekas atlet Strongman Malaysia. 2 kali bertanding di peringkat dunia, 2 kali peringkat Asia. Pernah dapat tempat ke 3 Arnold Classic.

Facebook Twitter YouTube 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Share This
error: