Kelebihan Lemak Tepu

Aiman Radzi - Kelebihan Lemak Tepu

Lemak tepu telah menjadi ketakutan dalam hati hampir keseluruhan penggemar dunia kecergasan. Berbeza dengan individu biasa, lemak tepu menjadi kegemaran pula. Apa yang kita lakukan, jika berlebihan, atau terlalu ekstrim, pasti ada kesannya.

Biasanya, lemak tepu dikaitkan dengan penyakit-penyakit jantung. Masalah jantung tersumbat, kegagalan jantung, strok, dan lain-lain. Ini berlaku dengan pengambilan lemak tepu yang sangat banyak. Sebab itu, kita mesti berpada-pada dengan pemakanan kita.

Kursus Kecergasan 2024

Beza Tepu Dengan Tidak Tepu

Lemak tepu bermaksud setiap atom karbon turut ditemani dengan atom hidrogen. Berbeza dengan lemak tidak tepu, ada atom karbon yang tidak diturut bersama dengan atom hidrogen. Apa yang bagusnya tentang lemak tepu adalah kestabilannya berbanding lemak tidak tepu.

Kestabilan ini menjadikan lemak tepu tidak mudah menjadi radikal bebas. Lemak tidak tepu lebih mudah menjadi radikal bebas, dan ini boleh mendorong kepada komplikasi-komplikasi lain. Lemak tidak tepu juga lebih mudah rosak apabila terdedah  pada haba, oksigen, dan cahaya.

Kebaikan Lemak Tepu

Lemak tepu mempunyai kesan positif terhadap pengimbangan hormon badan kita. Mereka yang memakan lemak tepu mempunyai tahap testosterone bebas dalam darah yang lebih tinggi berbanding mereka yang tidak memakan lemak tepu.

Kenapa ini penting? Mereka yang mempunyai testosterone yang tinggi mempunyai kebolehan untuk membina otot dengan lebih baik. Kadar pemulihan mereka turut meningkat. Tidak lupa juga kepada kekuatan dan penampilan mereka. Satu lagi, “keintiman” anda bersama pasangan juga membara. Anda tidak akan rugi dengan testosterone tinggi!

Asid lauric banyak terdapat dalam minyak kelapa, sejenis lemak tepu juga. Lagi bagus kalau anda dapat guna minyak kelapa dara. Asid lauric dipercayai mampu mencegah jangkitan kuman dan mengurangkan keradangan. Pendek kata, tahap imun badan anda bertambah kuat dengan pengambilan lemak seperti ini.

Konklusi

Lemak tepu bukanlah keseluruhannya jahat. Malah, semua makanan kita ambil ada kesannya jika terlebih. Vitamin, jika terlebih ambil pun boleh jadi racun dalam badan. Air juga sama! Jangan pandang lemak sebagai komponen jahat hanya kerana namanya “lemak” dan anda pula hendak membakar lemak. Pastikan anda kawal pengambilan setiap komponen pemakanan anda. Jadilah individu yang bijak dan kecapi kesihatan untuk diri dan keluarga.

Rujukan:

John Meadows, 12 November 2010, The Truth About Saturated Fat, T-Nation

Aiman Radzi

Aiman Radzi

Penggemar sukan melibatkan kekuatan fizikal, Aiman Radzi kini kembali lagi untuk berkongsi perjalanan dan pendapatnya tentang latihan dengan pembaca semua!

Facebook 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Share This
error: