Kerja Rumah vs Senaman

Ada yang beranggapan, buat kerja rumah dan berpeluh dah cukup baik untuk dijadikan aktiviti harian dengan alasan tiada masa terluang lain, sibuk dengan kerja harian. Jom kita tengok perbezaannya.

Apa itu senaman? Senaman adalah aktiviti terancang dan berstruktur. Ia ada dos tertentu yang beri kesan spesifik seperti bakar lemak, bina otot, tambah kekuatan dan sebagainya. Bermaksud, anda tak boleh buat 1 senaman untuk dapat semua kesannya. Senaman juga berbeza untuk setiap individu bergantung kepada banyak faktor seperti jantina, umur, genetik, ketinggian dan sebagainya. Senaman untuk perempuan mengandung tak sama seperti senaman untuk kanak-kanak, orang tua dan sebagainya. Jadi setiap profil kaedahnya berbeza.

Apa kebaikan senaman? Senaman sepatutnya beri kesan kepada 5 komponen kesihatan iaitu komposisi badan, peratus lemak sepatutnya menurun. Senaman sepatutnya meningkatkan kekuatan otot. Senaman juga sepatutnya meningkatkan daya tahan otot, memperbaik sistem kardiovaskular dan kelenturan kita.

1. Komposisi Badan
2. Kekuatan Otot
3. Daya Tahan Otot
4. Sistem Kardiovaskular
5. Kelenturan

Jika senaman tak dapat sasarkan salah satu daripada 5 komponen ini, bermaksud mungkin ada kesalahan di mana-mana. Cuba periksa kembali pemakanan, rehat dan faktor-faktor lain.

Bagaimana pula dengan kerja rumah? Setiap apa yang kita lakukan memang betul bakar kalori. Kita tidur pun bakar kalori. Dari segi kebaikan meningkatkan non exercise activity thermogenesis (NEAT), boleh. Memang kita digalakkan meningkatkan NEAT dalam aktiviti harian sekali. Cuma ia mungkin bakar simpanan glikogen. Glikogen diikat dengan air. Jadi pembakaran, dan peningkatan suhu menyebabkan kita berpeluh.

Kursus Kecergasan 2024

Peluh bukan tanda badan bakar lemak, tapi peluh tanda badan turunkan kembali suhu badan. Jadi ianya tak wajar dijadikan tanda aras aktiviti itu bagus. Secara logiknya, apabila glikogen dan air disingkirkan, memang berat akan menurun tapi cenderung kembali balik. Cuba tengok mereka yang buat aktiviti harian tinggi, contohnya kita kata cuci kereta itu bagus, tapi bagaimana mereka yang kerja cuci kereta. Sehari beratus kereta, adakah mereka berjaya dapat 5 komponen kesihatan di atas? Ada yang bulat lagi.

Kalau semata-mata nak berpeluh, anda boleh duduk dalam kereta tengahari yang panas dan tutup pendingin hawa. Senaman itu wajib dibuat. Badan kita tak guna konsep ‘wear and tear‘ seperti kasut. Kalau kasut, semakin kita guna, ia semakin rosak dan uzur. Badan kita terbalik. Kalau tak guna, ia akan semakin uzur. Bila guna, ia akan kuat.

Adakah kita akan ‘fit‘ dengan buat sesuatu aktiviti? Betul kalau kita guna definisi fit itu. Kalau kita setiap hari cuci kereta, kita akan fit untuk cuci kereta. Kalau kita setiap hari kemas rumah, kita akan fit untuk kemas rumah. Itu adalah adaptasi daripada aktiviti yang kita buat. Saya berlatih di gim, belum tentu saya boleh buat kerja kebun. Dua benda berbeza.

Menurut kajian, mereka yang bersenam 60 minit seminggu dah boleh dapat kebaikan senaman dengan syarat intensiti bersesuaian. Dan ianya tak perlu pun dibuat berterusan. Jadi mereka yang terlalu sibuk, boleh buat 10 hingga 15 minit sehari. Tak semestinya kena buat 1 jam atau lebih. Buat senaman dan tambah NEAT, anda akan dapat kebaikan seperti turun lemak dan berat badan.

 

 

Zaki Khan adalah seorang terapi senaman yang diperakui. Pernah berkhidmat sebagai jurulatih kepada jurulatih untuk Majlis Kecergasan Kebangsaan di bawah kelolaan Dato Azalina Othman. Berpengalaman lebih dari 23 tahun dalam bidang kecergasan.

Sebagai seorang terapi senaman, Zaki Khan terlibat bukan sahaja sebagai seorang jurulatih kecergasan tetapi juga dalam rehabilitasi, berhadapan dan membetulkan masalah-masalah ketidakseimbangan otot, menguatkan kembali otot-otot yang lemah supaya seseorang itu dapat menjalankan fungsi asas badan. Zaki Khan juga banyak terlibat dalam kempen-kempen mempromosikan kesihatan samada sebagai seorang penceramah, penganjur atau jemputan.

Zaki Khan merupakan bekas atlet Strongman Malaysia. 2 kali bertanding di peringkat dunia, 2 kali peringkat Asia. Pernah dapat tempat ke 3 Arnold Classic.

Facebook Twitter YouTube 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Share This
error: